bantuan tunai

Bantuan Tunai RM150 diberikan kepada semua tanpa mengira pendapatan: Semak cara pembayaran

Pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan. Bantuan-bantuan ini diperkenalkan melalui pelbagai Kementerian atau Jabatan di peringkat Persekutuan atau Negeri sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.

Dalam masa sama, terdapat juga pelbagai jenis bantuan di bawah Belanjawan 2024 seperti mana yang dibentangkan di Dewan Rakyat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Salah satunya adalah apabila Kerajaan setuju untuk meneruskan pemberian bantuan tunai sebanyak RM150.

Bantuan Tunai RM150

Bantuan tunai yang dimaksudkan ini adalah Bantuan Awal Persekolahan atau BAP. Bantuan ini pada asasnya melibatkan sumbangan tunai sebanyak RM150 secara ‘one-off’ kepada setiap murid sekolah darjah 1 sehingga tingkatan 5.

Menariknya, bantuan ini diberikan kepada semua murid tanpa mengira pendapatan ibu bapa atau penjaga. Oleh itu, jika sebuah keluarga itu mempunyai 4 orang anak yang sedang bersekolah, maka jumlah keseluruhan BAP yang diterima adalah sebanyak RM600.

Pihak Kerajaan memperuntukkan lebih RM788 juta berbanding RM450 juta tahun lalu bagi pelaksanaan bantuan ini.

Pembayaran Bantuan Tunai

Pembayaran bantuan ini dibuat pada bulan Januari 2024. Manakala, bagi pelajar baru Tahun 1 dan Tingkatan 1, pembayaran akan dibuat pada bulan Mac 2024.

Kaedah pembayaran akan dibuat melalui sekolah dan diagihkan kepada murid secara tunai atau kredit ke akaun masing-masing.

“KPM percaya BAP dapat membantu meringankan beban perbelanjaan ibu bapa dan penjaga dalam menyediakan kelengkapan anak-anak bagi menghadapi sesi persekolahan yang akan datang,” kata kementerian.

Selain itu, pihak Kerajaan turut bersetuju menaikkan peruntukan Rancangan Makanan Tambahan (RMT) kepada RM784 juta berbanding RM625 juta tahun lalu.

SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Peruntukan bagi elaun murid berkeperluan khas juga dinaikkan kepada RM199 juta berbanding RM181 juta pada tahun sebelumnya.

Untuk maklumat lebih lanjut berkenaan BAP, sila lihat di Portal Rasmi Belanjawan 2024 – DI SINI.

Related Posts