Skip to content

JAWATAN KERJA

Semua maklumat tentang kerjaya

Menu
  • Home
  • Privacy Policy
  • Disclaimer
Menu
bantuan

Bantuan sempena Ramadhan & buka sekolah RM2,500: Tarikh bayaran & senarai penerima

Posted on March 3, 2024 by Admin

Banyak jenis bantuan dan inisiatif  telah diperkenalkan oleh pelbagai Kementerian atau Jabatan Kerajaan sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.

Antara adalah bantuan tunai yang dikenali sebagai Bantuan Khas Kewangan (BKK) dan akan dikreditkan kepada yang layak. Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan bantuan berkenaan: –

Bantuan minimum RM2,500

Di bawah Belanjawan 2024 Negeri Sembilan, pihak Kerajaan Negeri telah bersetuju memperkenalkan Bantuan Khas Kewangan sebanyak satu bulan setengah gaji atau minimum RM2,500.

Bantuan khas ini akan diberikan kepada para penjawat awam negeri sebagai tanda penghargaan dan diharapkan dapat menyuntik semangat semua penjawat awam untuk bekerja dengan lebih gigih lagi.

Dimaklumkan, seramai 6,662 penjawat awam di bawah pentadbiran Kerajaan Negeri akan menerima bantuan khas berkenaan.

Tarikh Pembayaran

Untuk makluman, pembayaran bantuan ini akan dibuat dua kali iaitu pada hujung Februari  dan hujung Mac 2024.

Hujung Februari dipilih bersempena dengan musim buka sekolah dan masuknya bulan Ramadhan. Manakala, hujung Mac pula menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Dalam masa sama, di bawah belanjawan sama – pihak Kerajaan Negeri Sembilan turut meneruskan Bantuan Anak Sekolah (BAS) kepada pelajar-pelajar sekolah rendah dengan peruntukan sebanyak RM900,000.

Biasiswa Anak Negeri untuk pelajar-pelajar sekolah menengah juga diteruskan dengan peruntukan sebanyak RM800,000.

JOM MASUK TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Bagi maklumat lebih lengkap berkenaan Belanjawan 2024 Negeri Sembilan, sila rujuk juga di Portal Rasminya – DI SINI.

Kami bukanlah ejen kerajaan atau agensi pekerjaan, kami cuma menyampaikan maklumat.

Pasukan JawatanKerja
March 2024
M T W T F S S
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031
« Feb   May »




JAWATAN KERJA

Jawatan Kerja adalah laman web yang menyediakan pelbagai maklumat kerjaya di Malaysia. Merangkumi sektor kerajaan dan swasta.

KATEGORI

  • JAWATAN KOSONG
  • KERAJAAN
  • LAIN-LAIN
  • SWASTA
  • Uncategorized
©2025 JAWATAN KERJA | Design: Newspaperly WordPress Theme