e-dompet

Pembayaran eMADANI RM150 telah tamat: Ini pula cara memohon e-Dompet RM300 setiap bulan

Bagi membantu mereka yang memerlukan dalam keadaab kos sara hidup yang semakin meningkat, pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan.

Bantuan-bantuan itu diperkenalkan melalui pelbagai Kementerian atau Jabatan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.

Antaranya adalah melalui bantuan e-Tunai yang dikenali sebagai eMADANI sebanyak RM100. Akan tetapi, dimaklumkan bahawa kredit eMADANI hanya boleh dibelanjakan sehingga sehingga 11.59 malam, 29 Februari 2024.

Dalam masa sama, terdapat sebuah lagi bantuan berbentuk e-Tunai atau e-Dompet dengan kadar RM300 setiap bulan. Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan bantuan ini: –

Bantuan e-Dompet RM300 setiap bulan

Bantuan e-Dompet yang dimaksudkan ini adalah BINGKAS iaitu sebuah bantuan e-Tunai di bawah Kerajaan Negeri Selangor. Kadarnya yang ditetapkan adalah RM300 setiap bulan.

Insentif ini diberi bagi meringankan beban kewangan rakyat dan membantu ketua-ketua keluarga untuk membeli barangan keperluan asas termasuk peralatan pendidikan bagi pelajar agar kualiti hidup mereka dapat terus makmur.

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia;
  • Lahir di negeri Selangor atau menetap di Selangor melebihi 10 tahun;
  • Pemilih berdaftar di negeri Selangor;
  • Keluarga yang mempunyai tanggungan berusia 18 tahun ke bawah;
  • Pendapatan isi rumah bawah RM3,000 sebulan.

Cara Memohon

Bagi mereka yang memenuhi syarat-syarat kelayakan, permohonan BINGKAS boleh dibuat secara dalam talian (online) di Portal Rasmi BINGKAS atau melalui aplikasi SELANGKAH.

Cara memohonnya adalah seperti berikut:

  • Buka aplikasi dan klik pada panel BINGKAS;
  • Isi borang yang dengan maklumat yang tepat dan klik ‘Teruskan’;
  • Muat naik dokumen-dokumen yang ditetapkan;
  • Klik ‘Hantar’
  • Pendaftaran berjaya dan pemohon akan dimaklumkan dalam masa terdekat sama ada lulus atau tidak.

Bagi yang layak, bantuan e-Dompet ini boleh digunakan bagi membeli barangan keperluan harian seperti beras, roti, tepung, minyak masak, sayur-sayuran, ubat-ubatan, produk tenusu, barangan persekolahan dan banyak lagi.

SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Maklumat lebih lengkap berkenaan bantuan ini boleh dilihat di Portal Rasminya – DI SINI.

Related Posts