Skip to content

JAWATAN KERJA

Semua maklumat tentang kerjaya

Menu
  • Home
  • Privacy Policy
  • Disclaimer
Menu
bantuan bmt

Bantuan BMT RM800 selesai dibayar bulan ini (Februari 2024): Senarai penuh penerima

Posted on February 28, 2024 by Admin

Pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan. Bantuan-bantuan ini diperkenalkan melalui pelbagai Kementerian atau Jabatan Kerajaan sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.

Salah satunya adalah sebuah inisiatif Kerajaan yang dikenali BMT kepada mereka yang berkelayakan. Berikut adalah maklumat lanjut berkenana bantuan kewangan ini:-

Bantuan BMT RM800

BMT atau Bantuan Musim Tengkujuh adalah sebuah bantuan kewangan yang dipekenalkan oleh pihak Kerajaan di bawah kendalian RISDA.

Bantuan ini pada asasnya diberikan para pekebun kecil/penoreh getah yang berkelayakan semasa musim tengkujuh untuk meringankan serta mengurangkan beban kewangan mereka. Di bawah Belanjawan 2023, kadar BMT telah dinaikkan kepada RM800, berbanding RM600 sebelum ini.

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia;
  • Pekebun kecil berdaftar dengan RISDA;
  • Keluasan 0.1 hektar hingga 2.5 hektar;
  • Pemilik tanah yang sah bagi Pemilik Pengusaha atau pengesahan dari pemilik tanah yang sah bagi Penoreh Bukan Pemilik;
  • 1 Lot hanya seorang pekebun kecil sahaja (sama ada pemilik tanah atau penoreh);
  • Seorang penerima hanya layak menerima bantuan sekali sahaja;
  • Mempunyai Kad Permit Autoriti Getah (PAT-G) yang masih sah (bagi Penoreh Bukan Pemilik sahaja).

Tarikh Pembayaran

Pembayaran BMT  dibuat secara berperingkat sebanyak 4 fasa iaitu bermula pada bulan November 2023 hingga Februari 2024. Setiap fasa akan melibatkan kadar RM200.

Oleh itu, bulan Februari 2024 akan menyaksikan pembayaran akhir BMT dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM800.

Cara pembayaran akan dibuat secara terus ke akaun bank aktif yang telah didaftarkan oleh penerima ketika permohonan.

SERTAI  SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Maklumat lebih lengkap berkenaan bantuan ini boleh dilihat di Portal Rasmi RISDA – DI SINI.

Kami bukanlah ejen kerajaan atau agensi pekerjaan, kami cuma menyampaikan maklumat.

Pasukan JawatanKerja
February 2024
M T W T F S S
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
26272829  
« Jan   Mar »




JAWATAN KERJA

Jawatan Kerja adalah laman web yang menyediakan pelbagai maklumat kerjaya di Malaysia. Merangkumi sektor kerajaan dan swasta.

KATEGORI

  • JAWATAN KOSONG
  • KERAJAAN
  • LAIN-LAIN
  • SWASTA
  • Uncategorized
©2025 JAWATAN KERJA | Design: Newspaperly WordPress Theme