lesen

Permohonan Bantuan Lesen RM150 untuk golongan B40: Syarat-syarat kelayakan & cara memohon

Pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan. Bantuan-bantuan ini diperkenalkan melalui pelbagai Kementerian atau Jabatan Kerajaan sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.

Salah satunya adalah Inisiatif Lesen Motosikal B40. Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan program berkenaan:-

Inisiatif Lesen Motosikal B40

Inisiatif Lesen Motosikal B40 adalah sebuah program yang diperkenalkan di bawah Belanjawan 2024 Negeri Sembilan. Ia diberikan dengan kadar RM150 seorang kepada mereka tergolong dalam kategori B40.

“Kerajaan negeri juga akan memberikan baucar bantuan lesen motosikal sebanyak RM150 seorang kepada belia daripad keluarga B40 terhad kepada 100 belia dari setiap DUN, dengan peruntukan RM540,000,” kata Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun.

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia;
  • Merupakan pengundi berdaftar di Negeri Sembilan;
  • Pendapatan tidak melebihi RM4,000 sebulan;
  • Terbuka kepada mereka yang berumur antara 16 hingga 35 tahun.

Cara Memohon

Bagi yang menepati syarat-syarat kelayakan, permohonan inisiatif ini boleh dibuat melalui Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing.

Pemohon perlu menyediakan dokumen-dokumen berikut ketika permohonan:

  • MyKad pemohon;
  • Slip pengundi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR);
  • Dokumen pengesahan pendapatan / slip gaji;
  • Slip kelulusan ujian Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

SERTAI  SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Maklumat lebih lengkap berkenaan inisiatif ini boleh dilihat di Portal Rasmi Negeri Sembilan – DI SINI.

Related Posts