bantuan kewangan

Bantuan Kewangan RM2,500 dibayar bulan ini dan bulan depan (Mac 2024): Senarai penuh penerima

Banyak jenis bantuan dan inisiatif  telah diperkenalkan oleh pelbagai Kementerian atau Jabatan Kerajaan sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.

Antara adalah bantuan tunai yang dikenali sebagai Bantuan Khas Kewangan (BKK) dan akan dikreditkan kepada yang layak. Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan bantuan berkenaan: –

Bantuan Kewangan RM2,500

Di bawah Belanjawan 2024 Negeri Sembilan, terdapat sebuah sumbangan kewangan yang dikenali sebagai Bantuan Khas Kewangan (BKK). Kadarnya adalah sebanyak satu bulan setengah gaji atau minimum RM2,500.

Bantuan khas ini akan diberikan kepada semua penjawat awam Negeri Sembilan dan sebagai tanda penghargaan Kerajaan Negeri kepada mereka yang sentiasa komited dalam melaksanakan tugas diamanahkan.

Ia juga diharapkan dapat menyuntik semangat kepada semua penjawat awam untuk bekerja dengan lebih gigih lagi.

Tarikh Pembayaran

Pembayaran bantuan khas ini akan disalurkan sebanyak dua kali iaitu pada hujung Februari dan hujung Mac 2024. Kaedah pembayaran pula adalah secara kredit terus ke akaun penerima yang menepati syarat-syarat kelayakan.

Dimaklumkan juga bahawa pembayarannya akan dibuat secara automatik dan Datidak melibatkan sebarang permohonan.

Dalam masa sama, pihak Kerajaan Negeri Sembilan juga setuju meneruskan Bantuan Anak Sekolah (BAS) kepada pelajar-pelajar sekolah rendah jdengan peruntukan sebanyak RM900,000.

Selain itu, Biasiswa Anak Negeri untuk pelajar-pelajar sekolah menengah juga diteruskan dengan peruntukan sebanyak RM800,000.

JOM MASUK TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Bagi maklumat lebih lengkap berkenaan Belanjawan 2024 Negeri Sembilan, sila rujuk juga di Portal Rasminya – DI SINI.

Related Posts