bantuan khas

Bantuan Khas RM2,000 ‘one-off’ dibayar esok (23 Februari 2024): Berikut senarai penuh penerima

Banyak jenis bantuan dan inisiatif  telah diperkenalkan oleh pelbagai Kementerian atau Jabatan Kerajaan sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.

Hal yang sama juga di bawah Belanjawan Madani 2024 yang telah dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat pada 13 Oktober 2023 lalu.

Belanjawan 2024 ini melibatkan pelbagai jenis bantuan dan insentif kewangan kepada mereka yang berkelayakan dan memerlukan. Antaranya adalah dengan memperkenalkan…

Bantuan Khas Kewangan

Di bawah Belanjawan 2024, pihak Kerajaan telah bersetuju untuk memberikan bantuan khas kewangan yang dikenali sebagai Bayaran Insentif Awal Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam.

Bantuan ini akan diberikan dengan kadar RM2,000 dan RM1,000 kepada para penerima berikut:

  • RM2,000: Kepada para penjawat awam gred 56 dan ke bawah termasuk lantikan kontrak.
  • RM1,000:  Kepada semua pesara Kerajaan termasuk veteran berpencen serta veteran tidak berpencen.

Turut layak menerima bantuan ini adalah para pegawai yang bercuti bergaji penuh, pegawai yang bercuti separuh gaji, pegawai yang bercuti tanpa gaji dan pegawai yang dipinjamkan/ ditukar sementara termasuk ke agensi yang diasingkan pengurusan saraannya.

Dalam masa sama, mereka yang berkhidmat di bawah Personel MySTEP juga layak menerimanya dengan syarat telah berkhidmat sekurang-kurangnya selama enam bulan pada tahun 2023 dan masih berkhidmat sebagai Personel MySTEP pada 23 Februari 2024.

Tarikh Pembayaran

Berdasarkan kenyataan rasmi Kementerian Kewangan, pembayaran bantuan ini akan dibuat pada 23 Februari 2024 secara ‘one-off’. Pembayarannya akan disalurkan secara kredit terus ke akaun penerima.

Tarikh itu dipilih adalah bagi meringankan beban persediaan persekolahan serta persiapan menjelang Ramadan dan Syawal.

SERTAI  SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Bagi maklumat lengkap tentang bantuan ini, sila rujuk di Portal Rasmi Kementerian Kewangan – DI SINI.

Related Posts