bantuan rm150

Bantuan RM150 diberikan kepada semua rakyat Malaysia tanpa mengira pendapatan: Semak sekarang

Pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan. Bantuan-bantuan ini diperkenalkan melalui pelbagai Kementerian atau Jabatan di peringkat Persekutuan atau Negeri sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.

Dalam masa sama, terdapat juga pelbagai jenis bantuan di bawah Belanjawan 2024 seperti mana yang dibentangkan di Dewan Rakyat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Salah satunya adalah apabila Kerajaan setuju untuk meneruskan pemberian bantuan tunai RM150 di bawah BAP.

Bantuan RM150 ‘one-off’

Seperti tahun-tahun sebelumnya, pihak Kerajaan telah bersetuju untuk meneruskan pemberian Bantuan Awal Persekolahan (BAP). Melalui bantuan ini, setiap murid sekolah layak menerima sumbangan sebanyak RM150 secara ‘one-off’.

Dimaklumkan juga bahawa pembayarannya akan dibuat kepada semua murid, tanpa mengira pendapatan ibu bapa atau penjaga. Oleh hal demikian, sekiranya sesebuah keluarga itu mempunyai 3 orang anak yang sedang bersekolah, maka jumlah keseluruhan BAP yang diterima adalah sebanyak RM450.

Bantuan ini melibatkan peruntukan lebih RM788 juta berbanding RM450 juta tahun lalu. Menurut kenyataan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), BAP akan mula disalurkan pada bulan Januari 2024.

Pembayaran BAP

Berkenaan dengan pembayarannya, ia telah mula diagihkan pada bulan Januari 2024. Manakala, bagi pelajar baru Tahun 1 dan Tingkatan 1, pembayaran akan dibuat pada bulan Mac 2024.

Kaedah pembayaran pula akan dibuat melalui sekolah dan diagihkan kepada murid secara tunai atau kredit ke akaun masing-masing.

“KPM percaya BAP dapat membantu meringankan beban perbelanjaan ibu bapa dan penjaga dalam menyediakan kelengkapan anak-anak bagi menghadapi sesi persekolahan yang akan datang,” kata kementerian.

SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Dalam perkembangan sama, di bawah Belanjawan 2024 – Kerajaan turut menaikkan peruntukan Rancangan Makanan Tambahan (RMT) kepada RM784 juta berbanding RM625 juta tahun lalu.

Peruntukan bagi elaun murid berkeperluan khas juga dinaikkan kepada RM199 juta berbanding RM181 juta pada tahun sebelumnya.

Untuk maklumat lebih lanjut berkenaan BAP, sila lihat di Portal Rasmi Belanjawan 2024 – DI SINI.

Related Posts