Skip to content

JAWATAN KERJA

Semua maklumat tentang kerjaya

Menu
  • Home
  • Privacy Policy
  • Disclaimer
Menu
sumbangan kerajaan

Sumbangan Kerajaan RM2,000 dibayar minggu depan: Tak perlu memohon & senarai penuh penerima

Posted on February 11, 2024 by Admin

Banyak jenis bantuan dan inisiatif  telah diperkenalkan oleh pelbagai Kementerian atau Jabatan Kerajaan sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.

Hal yang sama juga di bawah Belanjawan Madani 2024 yang telah dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat pada 13 Oktober 2023 lalu.

Belanjawan 2024 ini melibatkan pelbagai jenis bantuan dan insentif kewangan kepada mereka yang berkelayakan dan memerlukan. Antaranya adalah dengan memperkenalkan…

Sumbangan Kerajaan RM2,000

Pihak Kerajaan di bawah Belanjawan 2024 telah memperkenalkan sumbangan tunai yang dikenali sebagai Bayaran Insentif Awal Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam.

Kadar sumbangan tunai ini adalah sebanyak RM2,000 dan RM1,000 dan diberikan secara sekaligus (one-off) kepada para penerima berikut:

  • RM2,000: Kepada para penjawat awam gred 56 dan ke bawah termasuk lantikan kontrak.
  • RM1,000:  Kepada semua pesara Kerajaan termasuk veteran berpencen serta veteran tidak berpencen.

RM1,000 juga akan diberikan kepada jawatan utama sektor awam melibatkan semua pihak termasuk polis, bomba, tentera, angkatan bersenjata dan seluruh anggota beruniform.

Sumbangan tunai ini diperkenalkan bersempena dengan usaha Kerajaan yang sedang menyemak semula skim gaji dan elaun tetap penjawat awam.

Pembayaran Sumbangan Tunai

Sumbangan tunai ini akan dikreditkan terus ke akaun penerima yang layak. Dimaklumkan juga bahawa sumbangan ini akan dibuat secara automatik dan tidak melibatkan sebarang permohonan.

Tarikh pembayaran pula adalah pada 23 Februari 2024. Tarikh itu dipilih adalah bagi meringankan beban persediaan persekolahan serta persiapan menjelang Ramadan dan Syawal.

SERTAI  SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Bagi maklumat lengkap tentang bantuan ini, sila rujuk di Portal Rasmi Kementerian Kewangan – DI SINI.

Kami bukanlah ejen kerajaan atau agensi pekerjaan, kami cuma menyampaikan maklumat.

Pasukan JawatanKerja
February 2024
M T W T F S S
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
26272829  
« Jan   Mar »




JAWATAN KERJA

Jawatan Kerja adalah laman web yang menyediakan pelbagai maklumat kerjaya di Malaysia. Merangkumi sektor kerajaan dan swasta.

KATEGORI

  • JAWATAN KOSONG
  • KERAJAAN
  • LAIN-LAIN
  • SWASTA
  • Uncategorized
©2025 JAWATAN KERJA | Design: Newspaperly WordPress Theme