bantuan kredit

Bantuan kredit RM100 setiap bulan ke MyKad untuk penerima STR: Senarai mereka yang layak

Banyak jenis bantuan dan inisiatif  telah diperkenalkan oleh pelbagai Kementerian atau Jabatan Kerajaan sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.

Hal yang sama juga di bawah Belanjawan 2024 yang telah dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat pada tahun lalu.

Antara bantuan yang diperkenalkan di bawah Belanjawan 2024 adalah Sumbangan Asas Rahmah (SARA): –

Bantuan SARA

SARA pada asasnya merupakan sebuah bantuan tambahan kepada mereka yang layak menerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR).

Syarat-syarat kelayakannya adalah seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia;
  • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024 kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan;
  • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 31 Oktober 2023.

Kadar SARA

Terdapat dua kadar SARA iaitu sebanyak RM600 kepada kategori penerima bujang dan RM1,200 pula kepada ketegori penerima isi rumah (kahwin dan ibu  bapa tunggal mempunyai anak) serta warga emas tanpa pasangan.

Cara pelaksanaannya pula adalah seperti berikut:

Penerima daripada negeri Semenanjung Malaysia (selain Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan)

Penerima akan menerima bantuan barangan keperluan asas tanpa tunai (cashless) berjumlah RM100 / RM50 setiap bulan bagi tempoh 12 bulan (Januari 2024 – Disember 2024) secara automatik melalui akaun yang dibuka menggunakan MyKad penerima. Penerima SARA boleh membeli barangan runcit asas daripada kategori produk yang diluluskan di pasar raya / kedai runcit terpilih seluruh negara menggunakan MyKad.

Penerima daripada negeri Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan

Bayaran RM600 / RM300 dua kali setahun (19 Februari 2024 dan 12 Ogos 2024) mengikut kategori melalui pengkreditan ke akaun bank / secara tunai, sama seperti kaedah pembayaran STR 2024.

JOM MASUK TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Untuk maklumat lebih teliti berkenaan SARA, sila rujuk di Portal Rasmi STR – DI SINI.

Related Posts