bantuan am persekutuan

Bantuan Am Persekutuan RM350 dikreditkan setiap bulan: Senarai penuh penerima & cara memohon

Pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan.

Bantuan-bantuan ini diperkenalkan melalui pelbagai Kementerian atau Jabatan di peringkat Persekutuan atau Negeri sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.

Salah satunya adalah Bantuan Am Persekutuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Ini adalah maklumat lebih jelas berkenaan bantuan kewangan ini: –

Bantuan Am Persekutuan

Di bawah JKM, terdapat sebuah bantuan bulanan yang dikenali sebagai Bantuan Am Persekutuan. Bantuan ini melibatkan jumlah sebanyak RM100 hingga RM350 setiap bulan.

Objektif utama bantuan ini adalah bagi mengurangkan beban individu atau keluarga kurang berkemampuan dan berkeperluan bagi meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan kehidupan dalam komuniti.

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara dan bermastautin di Wilayah Persekutuan
  • Pendapatan isi rumah tidak melebihi:
    • Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) purata miskin isi rumah semasa; atau
    • PGK purata miskin Per Kapita Semasa
  • Golongan yang memerlukan dan keluarga miskin yang tidak diliputi di bawah mana-mana skim bantuan bulanan JKM lain.

SERTAI  SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Cara Memohon

Untuk memenuhi syarat-syarat kelayakan, permohonannya boleh dikemukakan di Pejabat Kebajikan Masyarakat di Kuala Lumpur, Labuan atau Putrajaya (Wilayah Persekutuan).

Bagi memudahkan urusan permohonan, pemohon hendaklah membawa dokumen-dokumen seperti salinan Kad Pengenalan diri pemohon, salinan Kad Pengenalan suami / isteri / ibu / bapa / anak yang tinggal bersama, salinan sijil kelahiran anak-anak / ahli keluarga yang tinggal bersama, salinan penyata gaji (jika ada), dan lain-lain dokumen yang berkaitan ketika mengemukakan permohonan.

Maklumat lebih lengkap berkenaan bantuan ini boleh dilihat di Portal Rasmi Kementerian Kewangan – DI SINI.

Related Posts