akaun 2

Pengeluaran Simpanan Akaun 2 KWSP yang dibenarkan: Mereka yang layak & cara memohon

Pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan. Bantuan-bantuan ini diperkenalkan melalui pelbagai Kementerian atau Jabatan Kerajaan sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.

Dalam masa sama, pihak Kerajaan juga ada memperkenalkan pelbagai jenis kemudahan kepada rakyat negara ini. Antaranya adalah kebenaran membuat sebahagian simpanan simpanan KWSP melalui Akaun 2.

Berikut adalah senarai pengeluaran yang boleh dibuat:-

Senarai perkara pengeluaran sebahagian simpanan KWSP

Membina rumah

Untuk ahli yang mahu membina rumah di tanah sendiri, mereka boleh membuat pengeluaran dari Akaun 2. Antara syarat utamanya adalah ahli hendaklah memiliki sekurang-kurangnya RM500 dalam Akaun 2 dan tidak pernah membuat Pengeluaran Perumahan/ Telah membuat pengeluaran untuk membeli rumah tetapi telah menjualnya/melupuskan pemilikan.

Membeli rumah

Bagi ahli yang ingin membeli rumah pula, pengeluaran dari Akaun 2 turut dibenarkan. Jenis kediaman yang dibenarkan adalah banglo/teres/berkembar/apartmen/kondominium/apartmen studio /apartmen servis/townhouse/ Small Office Home Office (SOHO) atau rumah kedai dengan unit kediaman di Malaysia.

Membiayai pendidikan

Ahli boleh memilih untuk mengeluarkan simpanan daripada Akaun 2 untuk membantu membiayai pendidikan sendiri, pasangan (suami/isteri), anak-anak dan/atau ibu bapa di institusi dalam dan luar negara yang diluluskan.

Menunaikan haji

Bagi ahli yang beragama Islam, mereka boleh menggunakan simpanan Akaun 2 sebagai tambahan kepada simpanan di Lembaga Tabung Haji (LTH) untuk tujuan perbelanjaan.

Rawatan kesihatan

KWSP membenarkan ahli yang menghadapi masalah kesihatan untuk membuat pengeluaran daripada Akaun 2 bagi membiayai kos perubatan penyakit kritikal dan/ atau peralatan bantuan kesihatan yang diluluskan juga rawatan kesuburan.

Cara Memohon

Bagi ahli KWSP hendak membuat pengeluaran atas sebab-sebab yang dibenarkan. Ia boleh dibuat secara dalam talian (online) di Sistem E-Pengeluaran KWSP di Portal Rasmi i-Akaun (Ahli).

Bagi mereka yang telah mendaftar di i-Akaun (Ahli) KWSP, tatacara memohon pengeluaran boleh dibuat seperti di bawah:

  1. Daftar/log masuk ke i-Akaun (Ahli) melalui laman web rasmi KWSP;
  2. Buat pengesahan identiti secara dalam talian (ID Pengguna, Kata Laluan, Imej Sekuriti, Frasa Rahsia);
  3. Klik pada menu e-Pengeluaran;
  4. Mengisi butiran permohonan dan menghantar pengesahan identiti dengan memasukkan TAC yang diterima melalui nombor telefon bimbit yang berdaftar dengan KWSP;
  5. Permohonan diluluskan secara dalam talian sekiranya ahli memenuhi syarat e-Pengeluaran;
  6. Bayaran secara pengkreditan terus ke Akaun Bank Simpanan/ Semasa ahli atau ke akaun bank Rakan Strategik KWSP;
  7. Ahli menerima notifikasi status e-Pengeluaran dalam inbox i-Akaun (Ahli).

SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Bagi panduan penggunaan e-Pengeluaran yang lebih teliti dan lengkap, sila rujuk DI SINI (PDF).

Untuk maklumat lebih terperinci berkenaan senarai pengeluaran KWSP ini sila rujuk di Portal Rasmi KWSP DI SINI.

Related Posts