rela

RELA buka pengambilan jawatan kosong Sepenuh Masa: Tiada pengalaman juga digalakkan memohon

Bagi mereka yang sedang mencari peluang pekerjaan, sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) Daerah Batu Pahat kini mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berdedikasi untuk mengisi jawatan kosong yang ditawarkan.

Calon hendaklah membuat permohonan berdasarkan maklumat dan kelayakan yang ditetapkan. Berikut adalah maklumat terperinci bagi mana-mana calon yang berminat untuk memohon jawatan yang ditawarkan.

Jawatan Kosong RELA

JAWATAN KOSONG SEPENUH MASA SECARA TETAP

  • Taraf pekerjaan adalah secara tetap dan sepenuh masa sekurang-kurangnya 1 tahun;
  • Latihan selama 7 hari akan dijalankan di ALARM, Sg Udang Melaka pada 10 hingga 17 November 2023.

Syarat-syarat Kelayakan

  • Lelaki sahaja berumur 18 hingga 45 tahun;
  • Sihat tubuh badan dan perwatakan menarik;
  • Bebas dari rekod jenayah;
  • Kelulusan akademik sekurang-kurangnnya SPM dan ke atas;
  • Tiada pengalaman juga digalakkan untuk memohon kerana latihan akan diberikan di Akademi latihan RELA Malaysia, Sungai Udang Melaka.

SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Cara Memohon

Kepada calon-calon yang berminat dengan jawatan-jawatan yang ditawarkan, permohonan boleh dibuat dengan mengemukakan permohonan seperti mana yang ditetapkan di pengumuman rasmi kekosongan jawatan.

Kepada yang berminat boleh hadir ke pejabat RELA beralamat: No. 1A, Jalan Kencana 1A/22, Pura Kencana, 83300 Batu Pahat.

Waktu Operasi Pejabat RELA Daerah Batu Pahat adalah 8.00 pagi hingga 5.00 petang (rehat 1 pm – 2pm).

Pemohon dikehendaki membawa bersama dokumen pengenalan diri, sijil akademik dan lain-lain dokumen bagi menyokong kelayakan.

Permohonan ditutup pada 31 Oktober 2023.

Maklumat lebih terperinci (rasmi) dan permohonan boleh dilihat DI SINI.

Related Posts