Pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan. Bantuan-bantuan ini diperkenalkan melalui pelbagai Kementerian atau Agensi sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.
Salah satunya termasuklah sebuah insentif khas di bawah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang dikenali sebagai i-Suri.
Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan insentif khas ini: –
i-Suri KWSP
i-Suri KWSP adalah sebuah insentif yang diperkenalkan dengan tujuan untuk melindungi kewangan suri rumah. Melaluinya, golongan suri rumah boleh memilih untuk mencarum di bawah i-Suri serta menerima insentif khas daripada Kerajaan.
Ia juga bertujuan untuk memastikan kesejahteraan golongan suri rumah serta mengiktiraf sumbangan mereka kepada keluarga dan pembangunan negara.
Faedah-faedah i-Suri adalah:
- Insentif Khas
- Menerima insentif khas sebanyak 50% bagi setiap RM1 caruman sehingga insentif khas maksimum RM300 dalam tahun semasa.
- Had insentif seumur hidup sebanyak RM3,000 atau mencapai umur 55 tahun, mana-mana terdahulu.
- Tertakluk kepada terma dan syarat kerajaan.
- Pelepasan Cukai
- Tertakluk kepada terma dan syarat LHDN.
- Dividen Tahunan
- Menikmati dividen tahunan di atas simpanan persaraan anda.
- Bantuan Kematian
- Tertakluk kepada terma dan syarat KWSP.
Syarat-syarat Kelayakan
- Ahli KWSP;
- Warganegara Malaysia;
- Berumur 55 tahun ke bawah;
- Golongan suri rumah yang berdaftar dalam Bank Data Kemiskinan Nasional (eKasih) setakat senarai terkini.
Cara Mendaftar
Untuk yang memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan, pendaftaran i-Suri boleh dibuat melalui pelbagai saluran iaitu:
- Laman web KWSP melalui Pendaftaran i-Saraan Dalam Talian;
- Pejabat KWSP;
- Self Service Terminal (SST);
- KWSP i-Akaun (Pendaftaran i-Saraan/ i-Suri melalui aplikasi KWSP i-Akaun).
SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja
Maklumat lebih teliti berkenaan insentif khas ini, ia boleh dilihat di Portal Rasmi KWSP – DI SINI.