Pelbagai jenis bantuan kewangan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan.
Salah satu yang menarik perhatian adalah sebuah insiatif yang dikenali sebagai Rumah Mesra Rakyat (RMR). Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan RMR ini:
Bantuan Bina Rumah RMR
Rumah Mesra Rakyat (RMR) adalah sebuah rogram yang diwujudkan bagi membantu golongan yang memerlukan dan tidak mempunyai rumah atau tinggal di rumah usang tetapi mempunyai tanah untuk membina rumah sendiri yang sempurna dan selesa.
Konsepnya adalah sebuah rumah satu tingkat dengan 3 buah bilik tidur dan 2 buah bilik air yang boleh dibina di tanah sendiri. Keluasan rumah pula adalah 750 kps. Rumah RMR juga datang dengan bantuan kerajaan dalam bentuk subsidi pembinaan sebanyak RM20,000.
Harga rumahnya pula adalah antara RM75,000 hingga RM85,000 dan pembiayaan diuruskan oleh Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB).
Syarat-syarat Kelayakan
- Warganegara Malaysia.;
- Pemohon mestilah berumur 18 sehingga 65 tahun;
- Pendapatan bulanan seisi rumah tidak melebihi RM 5,000;
- Pemohon dan pasangan tidak memiliki rumah sendiri / atau memiliki rumah usang / tidak sempurna;
- Tanah/tapak cadangan mestilah bersesuaian dan bebas daripada gadaian/bebanan/sekatan ke atasnya. Jika pemohon bukan tuan punya tanah, pemohon mestilah mendapat kebenaran daripada tuan punya tanah yang dicadangkan;
- Keluasan tanah tidak kurang daripada 3,000 kps (tertakluk kepada rekabentuk);
- Tertakluk kepada peruntukan kewangan.
Cara Memohon
Kepada rakyat Malaysia yang menepati syarat-syarat kelayakan, permohonan RMR boleh dilaksanakan secara atas talian (online) di Sistem Permohonan RMR.
Berikut adalah tatacara memohonnya:
- Tekan butang permohonan di Portal Pendaftaran RMR;
- Klik pendaftaran baru dan isi borang pendaftaran login dengan lengkap;
- Login ID dan kata laluan akan dihantar kepada pemohon;
- Log masuk ke Laman Utama, dengan menggunakan login ID (e-mel) dan kata laluan yang diberikan untuk memulakan permohonan RMR;
- Lengkapkan borang dengan mengisi maklumat ke dalam sistem;
- Klik selesai pendaftaran borang dan cetak borang;
- Hantar borang beserta dokumen ke Pejabat Cawangan SPNB yang berdekatan;
- Maklum balas dalam tempoh 3 bulan dan kelulusan adalah tertakluk kepada peruntukan tahunan.
SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja
Maklumat lengkap dan lebih teliti berkenaan RMR boleh dilihat di Portal Rasmi Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) – DI SINI.