bantuan rm100

Bantuan RM100 dikreditkan ke MyKad selama 12 bulan: Senarai penerima & tarikh mula pembayaran

Banyak jenis bantuan dan inisiatif  telah diperkenalkan oleh pelbagai Kementerian atau Jabatan Kerajaan sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.

Hal yang sama juga di bawah Belanjawan 2023 yang telah dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat pada 24 Februari 2023 lalu.

Antara bantuan yang diperkenalkan di bawah Belanjawan 2023 adalah Sumbangan Asas Rahmah (SARA): –

Sumbangan Asas Rahmah (SARA)

Bagi tahun 2024, Kerajaan telah bersetuju untuk meneruskan pemberian Sumbangan Tunai Rahmah (STR). Untuk makluman, SARA puala adalah sebuah bantuan tambahan yang diberikan kepada penerima STR yang layak.

Bagi tahun 2024, kadar SARA telah dinaikkan kepada RM1,200, berbanding RM600 tahun 2023.

Melalui SARA ini, penerima STR berkelayakan layak menerima bantuan secara tanpa tunai (cashless) sebanyak RM100 setiap bulan selama 12 bulan (setahun) secara automatik melalui MyKad masing-masing.

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia;
  • Tersenarai sebagai isi rumah miskin dan miskin tegar di bawah data e-Kasih dan JKM;
  • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2023 kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan.

Tarikh Pembayaran

Bagi yang diluluskan STR dan menepati syarat-syarat kelayakan SARA, mereka akan menerima bantuan ini bermula pada bulan Januari 2024.

Penerima yang layak kemudiannya akan diberi penerangan berkenaan kedai runcit terdekat untuk membeli keperluan runcit asas.

Pada ketika ini, terdapat lebih 600 rakan runcit di seluruh negara termasuk Mydin, Giant, Econsave, The Store, Pacific, Milimewa, 99 Speedmart, Lotus Stores (Tesco), serta pasar raya dan pasar mini bebas.

JOM MASUK TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Untuk maklumat lebih teliti berkenaan SARA, sila rujuk di Ringkasan Belanjawan 2024 – DI SINI.

Related Posts