bantuan tunai

Bantuan tunai RM2,500 dikreditkan tahun depan tanpa perlu memohon: Senarai penuh penerima

Banyak jenis bantuan dan inisiatif  telah diperkenalkan oleh pelbagai Kementerian atau Jabatan Kerajaan sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.

Antara adalah bantuan tunai yang dikenali sebagai Bantuan Khas Kewangan (BKK) dan akan dikreditkan kepada yang layak. Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan bantuan berkenaan: –

Bantuan tunai RM2,500

Di bawah Belanjawan Negeri Sembilan 2024, pihak Kerajaan Negeri telah setuju memperkenalkan Bantuan Khas Kewangan (BKK) sebanyak satu bulan setengah gaji atau minimum RM2,500.

Bantuan ini akan disalurkan kepada para penjawat awam negeri seramai  6,662 orang. Bantuan ini diberikan sebagai tanda penghargaan dan terima kasih kepada penjawat awam negeri itu, yang sentiasa komited dalam melaksanakan tugas diamanahkan.

“Diharapkan bantuan khas kewangan ini dapat menyuntik semangat semua penjawat awam untuk bekerja dengan lebih gigih lagi,” kata Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun.

Tarikh Pembayaran

Pembayaran bantuan ini akan dibuat sebanyak dua kali iaitu pada hujung Februari dan hujung Mac tahun hadapan (2024). Kaedah pembayarannya pula adalah secara kredit terus ke akaun penerima yang layak.

Dalam masa sama, pihak Kerajaan Negeri juga  akan memberikan baucar bantuan lesen motosikal sebanyak RM150 seorang kepada belia dari keluarga B40 terhad kepada 100 orang belia dari setiap DUN.

JOM MASUK TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Belanjawan Negeri Sembilan 2024 yang bertemakan ‘Bersama Membina Negeri MADANI’ berjumlah RM555 juta dengan anggaran hasil sebanyak RM520 juta dan belanjawan pembangunan mencecah RM140 juta.

Related Posts