Skip to content

JAWATAN KERJA

Semua maklumat tentang kerjaya

Menu
  • Home
  • Privacy Policy
  • Disclaimer
Menu
bantuan rm1000

Bantuan RM1,000 dikreditkan Januari & April 2024: Tak perlu memohon & senarai penerima

Posted on December 15, 2023 by Admin

Banyak jenis bantuan dan inisiatif  telah diperkenalkan oleh pelbagai Kementerian atau Jabatan Kerajaan sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.

Antara adalah Bantuan Khas Kewangan (BKK) yang akan dikreditkan kepada yang layak. Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan bantuan berkenaan: –

Bantuan Khas Kewangan RM2,000

Di bawah Belanjawan 2024 Negeri Sabah, Kerajaan negeri telah bersetuju untuk memberikan Bantuan Khas Kewangan (BKK) sebanyak RM2,000.

Bantuan khas ini akan diberikan kepada semua penjawat awam negeri, termasuk bertaraf sementara, kontrak dan pekerja sambilan harian.

Pemberian bantuan khas itu dibuat selaras dengan langkah Kerajaan Persekutuan yang memberi jumlah sama kepada penjawat awam Persekutuan menerusi di bawah Belanjawan 2024.

Menteri Kewangan negeri, Datuk Seri Masidi Manjun, berkata bantuan itu diberikan sebagai penghargaan terhadap komitmen serta usaha penjawat awam menggalas tugas yang diamanahkan demi keharmonian dan kesejahteraan rakyat.

“Saya berharap insentif ini akan memberi suntikan semangat terhadap penjawat awam negeri untuk terus berusaha dengan lebih gigih demi meningkatkan mutu penyampaian perkhidmatan awam kepada rakyat,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2024 Sabah.

JOM MASUK TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Tarikh Pembayaran

Pembayaran bantuan ini akan dibuat sebanyak dua kali iaitu RM1,000 pada Januari 2024 dan RM1,000 lagi menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Secara keseluruhan, Kerajaan Sabah membentangkan Belanjawan 2024 yang bertemakan ‘Sabah Teguh, Rakyat Terbela’ sebanyak RM5.701 bilion dengan anggaran lebihan RM35.87 juta.

Kami bukanlah ejen kerajaan atau agensi pekerjaan, kami cuma menyampaikan maklumat.

Pasukan JawatanKerja
December 2023
M T W T F S S
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031
« Nov   Jan »




JAWATAN KERJA

Jawatan Kerja adalah laman web yang menyediakan pelbagai maklumat kerjaya di Malaysia. Merangkumi sektor kerajaan dan swasta.

KATEGORI

  • JAWATAN KOSONG
  • KERAJAAN
  • LAIN-LAIN
  • SWASTA
  • Uncategorized
©2025 JAWATAN KERJA | Design: Newspaperly WordPress Theme