Banyak jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pelbagai Kementerian atau Jabatan Kerajaan sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.
Antara adalah bantuan tunai yang dikenali sebagai Bantuan Khas Kewangan (BKK). Bantuan ini akan dikreditkan kepada yang layak. Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan bantuan berkenaan: –
Bantuan Kewangan RM2,500
Ketika membentangkan Belanjawan Negeri 2024, Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun telah mengumumkan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK).
Bantuan kewangan itu akan melibatkan kadar sebanyak satu bulan setengah gaji atau minimum RM2,500 kepada 6,662 orang penjawat awam di negeri berkenaan.
“Diharapkan bantuan khas kewangan ini dapat menyuntik semangat semua penjawat awam untuk bekerja dengan lebih gigih lagi,” katanya.
Tarikh Pembayaran
Untuk maklumat, pembayaran bantuan kewangan ini akan diberikan sebanyak dua kali pada hujung bulan Februari dan hujung bulan Mac 2024.
Dua bulan itu dipilih kerana hujung bulan Februari bagi persediaan persekolahan dan hujung Mac 2024 pula menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri.
Pembayarannya pula akan dibuat secara kredit terus ke akaun penerima yang layak.
JOM MASUK TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja
Dalam masa sama, pihak Kerajaan Negeri juga akan memberikan sumbangan RM500 kepada golongan belia di negeri berkenaan yang ingin melangsungkan perkahwinan kali pertama bermula tahun depan.