bantuan tunai

Bantuan Tunai RM2,500 dibayar dua kali ke akaun: Tak perlu memohon & senarai penuh penerima

Banyak jenis bantuan dan inisiatif  telah diperkenalkan oleh pelbagai Kementerian atau Jabatan Kerajaan sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.

Antara adalah bantuan tunai yang dikenali sebagai Bantuan Khas Kewangan (BKK). Bantuan ini akan dikreditkan kepada yang layak. Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan bantuan berkenaan: –

Bantuan tunai RM2,500

Di bawah Belanjawan 2024 Negeri Sembilan, Kerajaan negeri telah bersetuju untuk memberikan Bantuan Khas Kewangan (BKK) sebanyak satu bulan setengah gaji atau minimum RM2,500.

Bantuan tunai itu akan diberikan kepada 6,662 orang penjawat awam di negeri berkenaan sebagai tanda penghargaan dan terima kasih kepada mereka yang sentiasa komited dalam melaksanakan tugas diamanahkan.

“Selaras tema belanjawan ‘Bersama Membina Negeri MADANI’, saya menyeru semua penjawat awam di negeri ini bersama-sama berganding bahu memberikan perkhidmatan yang terbaik bagi mengukuhkan kegemilangan negeri demi kesejahteraan rakyat,” kata Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun.

Tarikh Pembayaran

Untuk makluman, Bantuan Khas Kewangan ini akan dibuat sebanyak dua kali iaitu pada pada hujung bulan Februari dan hujung bulan Mac 2024.

Pemilihan tarikh itu adalah disebabkan Februari 2024 bagi persediaan persekolahan dan hujung Mac 2024 pula menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri.

JOM MASUK TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Dalam masa sama, pihak Kerajaan Negeri juga akan menyalurkan sumbangan RM500 kepada golongan belia di negeri itu yang ingin melangsungkan perkahwinan kali pertama, mulai tahun depan.

Menteri Besar Negeri Sembilan turut memaklumkan bahawa belanja mengurus pada tahun hadapan adalah sebanyak RM555 juta berbanding anggaran hasil berjumlah RM520 juta. Sebanyak RM140 juta pula diperuntukan bagi perbelanjaan pembangunan.

Related Posts