Skip to content

JAWATAN KERJA

Semua maklumat tentang kerjaya

Menu
  • Home
  • Privacy Policy
  • Disclaimer
Menu
BANTUAN bap

Kerajaan setuju teruskan Bantuan BAP RM150 secara ‘one-off’: Senarai penuh penerimanya

Posted on October 30, 2023 by Admin

Pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan. Bantuan-bantuan ini diperkenalkan melalui pelbagai Kementerian atau Jabatan di peringkat Persekutuan atau Negeri sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.

Dalam masa sama, terdapat juga pelbagai jenis bantuan yang diperkenalkan di bawah Belanjawan 2024 seperti mana yang dibentangkan di Dewan Rakyat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Salah satunya adalah apabila Kerajaan setuju untuk meneruskan pemberian Bantuan Awal Persekolahan (BAP) seperti mana yang dilaksanakan pada tahun ini.

Bantuan BAP RM150

Di bawah Belanjawan 2024, pihak Kerajaan akan meneruskan Bantuan Awal Persekolahan (BAP). Kadar bantuan adalah sebanyak RM150 dan akan diberikan kepada setiap murid secara sekali bayar atau ‘one-off’.

Bantuan kewangan ini melibatkan peruntukan lebih RM788 juta berbanding RM450 juta tahun lalu. Menurut kenyataan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), BAP akan mula disalurkan pada bulan Januari 2024.

Bantuan tu akan diagihkan kepada murid secara tunai atau kredit ke akaun masing-masing.

SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

“KPM percaya BAP dapat membantu meringankan beban perbelanjaan ibu bapa dan penjaga dalam menyediakan kelengkapan anak-anak bagi menghadapi sesi persekolahan yang akan datang,” kata kementerian.

Dalam perkembangan sama, pihak Kerajaan turut menaikkan peruntukan Rancangan Makanan Tambahan (RMT) kepada RM784 juta berbanding RM625 juta tahun lalu.

Perkara sama turut dilaksanakan bagi elaun murid berkeperluan khas dengan peruntukkan sebanyak RM199 juta berbanding RM181 juta pada tahun sebelumnya.

Kami bukanlah ejen kerajaan atau agensi pekerjaan, kami cuma menyampaikan maklumat.

Pasukan JawatanKerja
October 2023
M T W T F S S
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031  
« Sep   Nov »




JAWATAN KERJA

Jawatan Kerja adalah laman web yang menyediakan pelbagai maklumat kerjaya di Malaysia. Merangkumi sektor kerajaan dan swasta.

KATEGORI

  • JAWATAN KOSONG
  • KERAJAAN
  • LAIN-LAIN
  • SWASTA
  • Uncategorized
©2025 JAWATAN KERJA | Design: Newspaperly WordPress Theme