bantuan tunai

Bantuan Tunai RM2,000 akan dibayar tahun depan: Tak perlu memohon & senarai penuh penerima

Banyak jenis bantuan dan inisiatif  telah diperkenalkan oleh pelbagai Kementerian atau Jabatan Kerajaan sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.

Hal yang sama juga di bawah Belanjawan Madani 2024 yang telah dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat pada 13 Oktober 2023 lalu.

Belanjawan 2024 ini melibatkan peruntukan tertinggi yang pernah dibentangkan iaitu RM303.8 bilion untuk belanja mengurus, RM90 bilion untuk belanja pembangunan dan RM2 bilion simpanan luar jangka.

Bantuan Tunai RM2,000

Ketika membentang Belanjawan 2024 di Dewan Rakyat, Perdana Menteri telah mengumumkan pemberian Bayaran Insentif Awal Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam sebanyak RM2,000.

Bantuan itu akan diberikan kepada semua penjawat awam gred 56 dan ke bawah termasuk lantikan kontrak. Dalam masa sama, semua
pesara Kerajaan termasuk veteran berpencen serta veteran tidak berpencen pula layak menerima RM1,000 seorang.

Inisiatif ini diberikan bersempenan dengan tindakan Kerajaan yang sedang menyemak semula skim gaji dan elaun tetap penjawat awam yang kali terakhir dilaksanakan pada tahun 2012.

Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) itu sedang giat dibuat untuk meneliti keperluan semua skim perkhidmatan dan dijangka akan dimuktamadkan pada penghujung tahun hadapan.

JOM MASUK TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Tarikh Pembayaran

Pembayaran inisiatif ini akan dibuat pada bulan Februari tahun hadapan (2024) secara sekaligus.

“Bayaran ini akan dibuat secara sekali gus pada akhir Februari 2024 bagi meringankan beban persediaan persekolahan anak-anak serta persiapan menjelang Ramadan dan Syawal,” kata Perdana Menteri ketika membentangkan Belanjawan 2024.

Dalam masa sama, pihak Kerajaan turut memperluas Kemudahan Bantuan Bayaran Pakaian Menghadiri Upacara Rasmi, meliputi pakaian batik Malaysia untuk semua penjawat awam yang layak.

Related Posts