motosikal

Boleh dapat sehingga RM10,000 untuk beli motosikal: Senarai mereka yang layak & cara memohon

Pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan.

Bantuan-bantuan ini diperkenalkan melalui pelbagai Kementerian atau Jabatan Kerajaan sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.

Salah satunya termasuklah melalui bantuan Skim Pembiayaan Tekun Mobilepreneur 4.0 kepada mereka yang layak dan memerlukan.

Tekun Mobilepreneur 4.0

Untuk makluman, skim pembiayaan di bawah TEKUN Nasional ini adalah sebuah pembiayaan modal kepada Usahawan Perkhidmatan Penghantaran yang menggunakan motosikal.

Pembiayaan ini juga adalah kesinambungan kepada Program TEKUN Mobilepreneur 1.0, 2.0 dan 3.0 yang telah dilaksanakan sebelum ini bermula pada April 2020.

Melalui pembiayaan ini, Tekun menyediakan pembiayaan dari RM1,000 sehingga RM10,000 bagi tujuan:

  • Pembelian motosikal;
  • Baik pulih motosikal;
  • Modal pusingan.

Kumpulan sasar skim ini adalah Usahawan Perkhidmatan Penghantaran menggunakan motosikal (seperti: Rider Foodpanda, Grab Food, Lalamove dan lain-lain).

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia (Bumiputera/India);
  • Berumur 18 – 60 tahun (Tempoh pembiayaan tamat sehingga 65 tahun);
  • Pemohon bukan seorang yang muflis;
  • Mempunyai lesen memandu B1/B2 yang sah;
  • Mempunyai pelantikan yang sah daripada syarikat e-hailing yang berdaftar;
  • Mempunyai motosikal sendiri yang berdaftar dan sah – bagi permohonan baik pulih motosikal dan modal pusingan;
  • Mengemukakan dokumen asal sebutharga pembelian motosikal daripada pembekal yang sah bagi permohonan membeli motosikal;
  • Terlibat secara langsung atau separuh masa dalam aktiviti perniagaan;
  • Peserta perlu mematuhi garis panduan serta terma dan syarat-syarat yang dikuatkuasakan oleh Kementerian Pengangkutan Awam (MOT);
  • Pemohon yang mendapat surat sokongan dan disyorkan oleh mana-mana syarikat e-Hailing adalah diberikan keutamaan
  • Menyediakan dokumen-dokuman sokongan yang lengkap.

SERTAI  SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Cara Memohon

Kepada yang memenuhi syarat-syarat kelayakan, permohonan skim ini boleh dibuat melalui Pejabat Cawangan TEKUN berdekatan untuk mendapatkan penerangan lanjut dan Borang Permohonan Pembiayaan.

Dimaklumkan juga bahawa TEKUN tidak melantik ejen atau wakil untuk menguruskan permohonan pembiayaan TEKUN Mobilepreneur 4.0 dan sebarang urusan wajib melalui pihak TEKUN sahaja.

Maklumat lengkap berkenaan skim ini sila lihat – DI SINI.

Related Posts