permohonan

Permohonan baru STR dibuka bulan depan: Berikut jumlah bayaran & senarai penerimanya

Banyak jenis bantuan dan inisiatif  telah diperkenalkan oleh pelbagai Kementerian atau Jabatan Kerajaan sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.

Hal yang sama juga di bawah Belanjawan Madani 2024 yang telah dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat pada 13 Oktober 2023 lalu.

Belanjawan Madani 2024 ini melibatkan peruntukan tertinggi yang pernah dibentangkan iaitu RM303.8 bilion untuk belanja mengurus, RM90 bilion untuk belanja pembangunan dan RM2 bilion simpanan luar jangka.

Di bawah belanjawan ini, pihak Kerajaan telah bersetuju untuk meneruskan pemberian Sumbangan Tunai Rahmah (STR) bagi tahun 2024: –

STR 2024

Bagi STR 2024, pihak Kerajaan telah bersetuju untuk menaikkannya daripada RM3,100 kepada RM3,700 untuk isi rumah dan daripada RM350 kepada RM500 untuk golongan belia.

Bagi tahun hadapan, pihak Kerajaan meningkat peruntukan untuk STR daripada RM8 bilion kepada RM10 bilion. Malah, STR 2024 juga dijangka akan memanfaatkan 9 juta penerima atau 60 peratus daripada penduduk dewasa negara ini.

JOM MASUK TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Permohonan STR 2024

Berdasarkan ucapan Perdana Menteri di Dewan Rakyat, permohonan baru STR 2024 akan dibuka seawal November 2023 dan akan dibuka sepanjang tahun berbanding setahun sekali sebelum ini.

Bagi pembayaran pertama STR 2024, ia akan dilaksanakan sebelum bulan Ramadan tahun hadapan dengan kadar bagi isi rumah sebanyak RM500.

“Hikmah penyasaran semula subsidi, membolehkan Kerajaan menambah baik dan meningkatkan pemberian tunai kepada rakyat melalui Sumbangan Tunai Rahmah (STR),” kata Perdana Menteri di Dewan Rakyat.

Related Posts