Skip to content

JAWATAN KERJA

Semua maklumat tentang kerjaya

Menu
  • Home
  • Privacy Policy
  • Disclaimer
Menu
skim mesra

Bantuan Baucer Skim Mesra RM150 setiap tahun: Senarai mereka yang layak & cara memohonnya

Posted on October 10, 2023 by Admin

Pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan.

Bantuan-bantuan ini diperkenalkan melalui pelbagai Kementerian atau Jabatan di peringkat Persekutuan atau Negeri sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.

Salah satunya adalah apabila Kerajaan Negeri Selangor setuju meneruskan Skim Mesra Usia Emas (SMUE) bagi tahun 2023 kepada mereka yang berkelayakan.

Berikut adalah penjelasan lanjut berkenaan bantuan ini: –

Baucer Skim Mesra RM150

SMUE dan SMIS adalah sebuah bantuan dalam bentuk baucar membeli belah sebanyak RM150 setiap tahun kepada mereka yang menepati syarat-syarat kelayakan.

Baucar itu kemudiannya boleh digunakan di pasaraya yang telah ditetapkan sahaja bagi membeli barang keperluan harian.

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur 60 tahun dan ke atas;
  • Masih hidup atau meninggal dunia bermula 1 Januari 2021 (perlu mohon dalam tempoh 6 bulan dari tarikh kematian);
  • Lahir di Negeri Selangor atau Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebelum 1 Februari 1974; ATAU **Lahir di luar Negeri Selangor dan bermastautin di Negeri Selangor sekurang-kurangnya 15 tahun;
  • Beralamatkan di Selangor dalam kad pengenalan;
  • Sedang menetap di Negeri Selangor;
  • Pengundi berdaftar di Selangor semasa pendaftaran dibuat.

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Cara Memohon

Untuk yang memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan bantuan ini boleh dibuat secara atas talian (online) di Sistem Mesra.

Bagi yang diluluskan permohonannya, baucar berkenaan boleh dituntut di Pusat Khidmat DUN dengan membawa Kad Pengenalan asal ahli berdaftar.

Baucar itu kemudiannya hendaklah digunakan dalam tempoh 3 bulan selepas penebusan dibuat.

Maklumat lebih teliti berkenaan kedua-dua skim bantuan ini boleh dilihat di Portal Rasminya – DI SINI. 

Kami bukanlah ejen kerajaan atau agensi pekerjaan, kami cuma menyampaikan maklumat.

Pasukan JawatanKerja
October 2023
M T W T F S S
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031  
« Sep   Nov »




JAWATAN KERJA

Jawatan Kerja adalah laman web yang menyediakan pelbagai maklumat kerjaya di Malaysia. Merangkumi sektor kerajaan dan swasta.

KATEGORI

  • JAWATAN KOSONG
  • KERAJAAN
  • LAIN-LAIN
  • SWASTA
  • Uncategorized
©2025 JAWATAN KERJA | Design: Newspaperly WordPress Theme