Bagi mereka yang sedang mencari peluang pekerjaan, sukacita dimaklumkan bahawa Universiti Selangor (UNISEL) kini mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berdedikasi untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang ditawarkan.
Calon hendaklah membuat permohonan berdasarkan maklumat dan kelayakan yang ditetapkan. Berikut adalah maklumat terperinci bagi mana-mana calon yang berminat untuk memohon jawatan yang ditawarkan.
Jawatan Kosong UNISEL
- JURUUKUR BAHAN (J41)
- Taraf Jawatan: Kontrak
- Jadual Gaji: RM 2,529 – RM9,643
- JURUTEKNIK PENGHAWA DINGIN (J17)
- Taraf Jawatan: Kontrak
Syarat-syarat Kelayakan
- Pemohon merupakan warganegara Malaysia;
- Berumur tidak kurang 18 tahun dari tarikh tutup iklan kekosongan;
- Syarat-syarat kelayakan lebih khusus dan teliti hendaklah dilihat di hebahan rasmi kekosongan jawatan.
SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja
Cara Memohon
Kepada calon-calon yang berminat dengan jawatan-jawatan yang ditawarkan, permohonan boleh dibuat dengan mengemukakan permohonan seperti mana yang ditetapkan di pengumuman rasmi kekosongan jawatan.
Permohonan bagi jawatan-jawatan ini boleh dibuat dengan mengisi Borang Permohonan Jawatan UNISEL beserta gambar berukuran passport terkini, sijil-sijil yang telah disahkan dan Resume (CV).
Sila tulis nama jawatan dipohon di bahagian atas sebelah kanan sampul surat dan dihantar ke alamat:
Pengarah Pentadbiran & Sumber Manusia
Universiti Selangor, Jalan Timur Tambahan
Kampus Bestari Jaya
45600 Bestari Jaya, Selangor
Hanya calon yang menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan dan melepasi tapisan sahaja yang akan dimaklumkan untuk menghadiri temuduga oleh pihak majikan.
Tarikh tutup permohonan pada 13 OKTOBER 2023.
Maklumat lebih terperinci (rasmi) dan permohonan boleh dilihat DI SINI.