Banyak jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pelbagai Kementerian atau Jabatan Kerajaan sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.
Antara bantuan yang diperkenalkan itu adalah Bantuan Kredit e-Tunai sebanyak RM100 secara ‘one-off’.
Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan bantuan berkenaan: –
Bantuan e-Dompet RM100
Ketika berucap di Majlis Peluncuran “Ekonomi Madani: Memperkasa Rakyat”, Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan Bantuan Kredit e-Tunai sebanyak RM100 kepada rakyat Malaysia yang berkelayakan.
Bantuan Kredit e-Tunai ini akan diberikan kepada seluruh rakyat Malaysia dewasa dari kalangan B40 dan M40 yang berpendapatan RM100,000 setahun dan ke bawah.
Tarikh Pembayaran
Berdasarkan kenyataan Kementerian Kewangan, Bantuan Kredit e-Tunai ini akan mula dilaksanakan pada suku keempat tahun ini atau pada Oktober 2023.
“Bantuan e-tunai ini akan memberi manfaat kepada lebih 10 juta penerima merangkumi golongan B40 dan M40,” petikan kenyataan itu.
JOM MASUK TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja
Selain itu, pihak Kerajaan juga telah mengkreditkan Bantuan Khas Penghargaan sebanyak RM300 dan RM200 pada 10 Ogos lalu.
Bantuan RM300 dikreditkan kepada Penjawat awam gred 56 ke bawah termasuk lantikan kontrak.
Manakala RM200 pula diberikan kepada Pesara Kerajaan, termasuk pesara berpencen, penerima pencen terbitan, pesara Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
Dengan pemberian bantuan ini, ia akan dimanfaatkan oleh sekitar 1.3 juta penjawat awam dan lebih sejuta pesara kerajaan.