sumbangan tunai

Sumbangan Tunai RM200 – RM1,200 dikreditkan kepada ketegori penerima ini: Berikut tarikh pembayaran

Pelbagai dan banyak jenis bantuan serta inisiatif telah diperkenalkan oleh pelbagai Kementerian atau Jabatan Kerajaan sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.

Hal yang sama juga di bawah Belanjawan 2023 yang telah dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat pada 24 Februari 2023 lalu.

Antara bantuan yang diperkenalkan di bawah Belanjawan 2023 adalah Sumbangan Tunai Rahmah (STR): –

Sumbagan Tunai RM200 – RM1,200

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) ialah sebuah bantuan tunai di bawah Belanjawan 2023 dan diberikan kepada golongan berpendapatan B40 dan M40 merangkumi isi rumah, warga emas dan bujang.

Pembayaran STR Fasa 1 hingga Fasa 3 telah pun dibuat kepada mereka yang layak. STR Fasa 3 misalnya telah dikreditkan sebelum sambutan Hari Raya Haji lalu.

SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Bagi pembayaran STR Fasa 4 pula, berikut adalah senarai penerima & jumlah bayarannya:

Isi Rumah Pendapatan RM2,500 & ke bawah

  • Bilangan anak 0: RM200
  • Bilangan anak 1 – 2: RM600
  • Bilangan anak 3 – 4: RM900
  • Bilangan anak 5 & ke atas: RM1,200

Isi Rumah Pendapatan RM2,501 – RM5,000

  • Bilangan anak 0: Tiada pembayaran
  • Bilangan anak 1 – 2: Tiada pembayaran
  • Bilangan anak 3 – 4: RM300
  • Bilangan anak 5 & ke atas: RM500

Warga Emas Sebatang Kara (60 tahun ke atas)

  • STR Fasa 4: RM200

Tarikh Pembayaran

Berdasarkan jadual awal STR, pembayaran Fasa 4 akan dilaksanakan pada bulan November ini.

Namun begitu, tarikh rasmi pembayarannya akan dimaklumkan dari semasa ke semasa oleh pihak Kerajaan.

Cara pembayarannya pula adalah secara kredit terus ke akaun bank penerima yang didaftarkan atau secara pengambilan tunai di cawangan-cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) bagi mereka yang tidak memiliki akaun bank atau akaun bank berstatus tidak aktif.

Untuk maklumat lebih teliti berkenaan STR, sila rujuk di Portal Rasmi Kementerian Kewangan – DI SINI.

Related Posts