Skip to content

JAWATAN KERJA

Semua maklumat tentang kerjaya

Menu
  • Home
  • Privacy Policy
  • Disclaimer
Menu
bantuan tunai

Bantuan Tunai RM200 & RM300 telah dibayar kepada yang layak: Berikut senarai penuh penerima

Posted on August 30, 2023 by Admin

Pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan.

Bantuan dan inisiatif ini diperkenalkan melalui pelbagai Kementerian atau Jabatan Kerajaan sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.

Begitulah jugalah apabila Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan sebuah Bantuan Khas ketika berucap di Majlis Peluncuran Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat.

Bantuan Tunai RM200 & RM300

Bantuan tunai yang dimaksudkan itu adalah Bantuan Khas Penghargaan (BKP) sebanyak RM200 dan RM300 kepada mereka yang berkelayakan.

Bantuan RM200 diberikan kepada para pesara kerajaan termasuklah pesara berpencen, penerima pencen terbitan, pesara Skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), pesara bersara pilihan dan belum menerima pencen, veteran berpencen serta veteran tidak berpencen.

Manakala, bantuan RM300 pula disalurkan kepada para Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan Gred 56 dan ke bawah yang dilantik secara tetap, sementara dan Contract of Service.

Dalam masa sama, pegawai lantikan MySTEP yang masih berkhidmat pada 10 Ogos dan telah dilantik sebelum 10 Ogos, dengan syarat tempoh kontrak telah berkuat kuasa sekurang-kurangnya 30 hari berturut-turut juga layak menerima bantuan khas ini.

JOM MASUK TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Pembayaran Bantuan Tunai

Berdasarkan kenyataan rasmi Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), pembayaran Bantuan Khas Penghargaan ini akan dibuat pada 10 Ogos 2023. Kaedahnya pula adalah secara kredit terus ke akaun penerima berkelayakan.

Untuk maklumat lebih teliti berkenaan bantuan ini, sila rujuk di Portal Rasmi Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) – DI SINI.

Kami bukanlah ejen kerajaan atau agensi pekerjaan, kami cuma menyampaikan maklumat.

Pasukan JawatanKerja
August 2023
M T W T F S S
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  
« Jul   Sep »




JAWATAN KERJA

Jawatan Kerja adalah laman web yang menyediakan pelbagai maklumat kerjaya di Malaysia. Merangkumi sektor kerajaan dan swasta.

KATEGORI

  • JAWATAN KOSONG
  • KERAJAAN
  • LAIN-LAIN
  • SWASTA
  • Uncategorized
©2025 JAWATAN KERJA | Design: Newspaperly WordPress Theme