Skip to content

JAWATAN KERJA

Semua maklumat tentang kerjaya

Menu
  • Home
  • Privacy Policy
  • Disclaimer
Menu
bantuan rm100

Bantuan RM100 dikreditkan ke MyKad secara automatik: Tak perlu memohon & senarai yang layak

Posted on August 23, 2023 by Admin

Banyak jenis bantuan dan inisiatif  telah diperkenalkan oleh pelbagai Kementerian atau Jabatan Kerajaan sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.

Hal yang sama juga di bawah Belanjawan 2023 yang telah dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat pada 24 Februari 2023 lalu.

Antara bantuan yang diperkenalkan di bawah Belanjawan 2023 adalah Sumbangan Asas Rahmah (SARA): –

Bantuan RM100

Bantuan SARA pada asasnya adalah bantuan kewangan sebanyak RM600 yang diberikan kepada penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dalam kategori miskin tegar berdasarkan data eKasih.

Mereka yang berkelayakan kemudiannya akan menerima bantuan kewangan sebanyak RM100 di MyKad masing-masing selama 6 bulan.

Kad pengenalan itu boleh digunakan untuk membeli barangan keperluan makanan asas di pasaraya/kedai runcit terpilih seluruh negara.

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia;
  • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar eKasih dalam rekod data Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 28 Februari 2023;
  • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2023 kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan.

JOM MASUK TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Tarikh Pembayaran

Bagi penerima yang layak daripada Semenanjung Malaysia (selain Sabah, Sarawak dan W.P. Labuan), mereka akan menerima bantuan barangan keperluan asas tanpa tunai sebanyak RM100 setiap bulan bagi tempoh 6 bulan (Julai hingga Disember 2023) secara automatik melalui akaun yang dibuka menggunakan MyKad penerima.

Penerima yang layak seterusnya akan diberi penerangan mengenai kedai runcit terdekat untuk membeli keperluan runcit asas dan cara menggunakan kemudahan ini.

Pada waktu ini, lebih daripada 600 rakan runcit di seluruh negara termasuk Mydin, Giant, Econsave, The Store, Pacific, Milimewa, 99 Speedmart, Lotus Stores (Tesco), serta pasar raya dan pasar mini bebas terlibat dalam inisiatif SARA.

Untuk maklumat lebih teliti berkenaan SARA, sila rujuk di Portal Rasmi Kementerian Kewangan – DI SINI.

Kami bukanlah ejen kerajaan atau agensi pekerjaan, kami cuma menyampaikan maklumat.

Pasukan JawatanKerja
August 2023
M T W T F S S
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  
« Jul   Sep »




JAWATAN KERJA

Jawatan Kerja adalah laman web yang menyediakan pelbagai maklumat kerjaya di Malaysia. Merangkumi sektor kerajaan dan swasta.

KATEGORI

  • JAWATAN KOSONG
  • KERAJAAN
  • LAIN-LAIN
  • SWASTA
  • Uncategorized
©2025 JAWATAN KERJA | Design: Newspaperly WordPress Theme