Banyak jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pelbagai Kementerian atau Jabatan Kerajaan sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.
Hal yang sama juga di bawah Belanjawan 2023 yang telah dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat pada 24 Februari 2023 lalu.
Antara bantuan yang diperkenalkan di bawah Belanjawan 2023 adalah Sumbangan Tunai Rahmah (STR): –
Bantuan STR Fasa 4
STR pada asasnya merupakan bantuan tunai kepada golongan berpendapatan kategori B40 dan M40 merangkumi isi rumah, warga emas dan bujang.
Pembayaran STR Fasa 1 hingga Fasa 3 telah pun dikreditkan kepada mereka yang layak. STR Fasa 3 misalnya telah dikreditkan sebelum sambutan Hari Raya Aidiladha.
Berikut adalah maklumat pembayaran STR Fasa 4:
Isi Rumah Pendapatan RM2,500 & ke bawah
- Bilangan anak 0: RM200
- Bilangan anak 1 – 2: RM600
- Bilangan anak 3 – 4: RM900
- Bilangan anak 5 & ke atas: RM1,200
Isi Rumah Pendapatan RM2,501 – RM5,000
- Bilangan anak 0: Tiada pembayaran
- Bilangan anak 1 – 2: Tiada pembayaran
- Bilangan anak 3 – 4: RM300
- Bilangan anak 5 & ke atas: RM500
Warga Emas Sebatang Kara (60 tahun ke atas)
- STR Fasa 4: RM200
Tarikh Pembayaran
Bagi pembayaran STR Fasa 4, jadual asalnya adalah pada bulan November 2023.
Namun begitu, tarikh rasmi pembayarannya akan dimaklumkan dari semasa ke semasa oleh pihak Kerajaan.
SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja
Kaedah pembayarannya pula adalah secara kredit terus ke akaun bank penerima yang didaftarkan atau secara pengambilan tunai di cawangan-cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) bagi mereka yang tidak memiliki akaun bank atau akaun bank berstatus tidak aktif.
Untuk maklumat lebih teliti berkenaan STR, sila rujuk di Portal Rasmi Kementerian Kewangan – DI SINI.