Pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan.
Bantuan-bantuan ini diperkenalkan melalui pelbagai Kementerian atau Jabatan Kerajaan sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.
Salah satunya termasuklah Bantuan Bil Air Percuma kepada mereka yang berkelayakan dan memerlukan.
Bantuan Bil Air Percuma
Untuk makluman, bantuan ini dikenali sebagai Skim Air Darul Ehsan (SADE) dan ia adalah sebuah program penjajaran semula pemberian 20 meter padu air percuma kepada kumpulan sasar.
Mereka yang layak menerima bantuan ini adalah:
- Pemohon mestilah warganegara Malaysia dan menetap di Negeri Selangor;
- Pendapatan bulanan isi rumah RM5,000 dan ke bawah (suami dan isteri termasuk pendapatan pasangan bukan warganegara, tiada pasangan atau bujang);
- Premis kediaman meter individu;
- Pemohon hanya layak memohon untuk satu akaun/premis sahaja.
SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja
Cara Memohon
Dimaklumkan, semua penerima bantuan sedia ada dan pemohon baru SADE yang diluluskan akan menikmati faedah skim ini sehingga 31 Disember 2024 secara automatik.
Kepada yang memenuhi syarat-syarat kelayakan, permohonan bantuan ini boleh dibuat secara dalam talian (online) melalui Sistem Smart Inisiatif Peduli Rakyat (SSIPR).
Permohonan juga boleh dikemukakan secara manual melalui Kaunter Perkhidmatan di salah satu daripada 10 pejabat wilayah Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd atau Pusat Khidmat Masyarakat.
Maklumat lengkap berkenaan skim ini sila lihat DI SINI dan permohonan secara atas talian boleh dikemukakan DI SINI.