Pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan.
Bantuan-bantuan ini diperkenalkan melalui pelbagai Kementerian atau Jabatan Kerajaan sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.
Begitulah jugalah apabila Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan Bantuan Khas Penghargaan ketika berucap di Majlis Peluncuran Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat.
Bantuan RM200
Bantuan Khas Penghargaan (BKP) adalah sebuah bantuan kewangan sebanya RM200 dan RM300 kepada mereka yang berkelayakan.
Bantuan RM200 akan disalurkan kepada para pesara Kerajaan termasuk pesara berpencen, penerima pencen terbitan, pesara Skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), pesara bersara pilihan dan belum menerima pencen, veteran berpencen serta veteran tidak berpencen.
Manakala, bantuan RM300 pula akan dikreditkan kepada semua penjawat awam Persekutuan Gred 56 dan ke bawah yang dilantik secara tetap, sementara dan Contract of Service2 dengan syarat bahawa pegawai berkenaan masih berkhidmat pada 10 Ogos 2023.
Malah, para pegawai lantikan MySTEP yang masih berkhidmat pada 10 Ogos dan telah dilantik sebelum 10 Ogos, dengan syarat tempoh kontrak telah berkuat kuasa sekurang-kurangnya 30 hari berturut-turut juga layak menerima bantuan khas ini.
Tarikh Pembayaran
Berdasarkan kenyataan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), pembayaran bantuan khas ini akan dibuat pada 10 Ogos 2023 ke akaun penerima yang layak.
Untuk makluman, bantuan khas ini tidak melibatkan sebarang permohonan dan akan diberikan secara automatik kepada mereka yang menepati syarat-syarat kelayakan.
Untuk maklumat lebih teliti berkenaan bantuan ini, sila rujuk di Portal Rasmi Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) – DI SINI.