Skip to content

JAWATAN KERJA

Semua maklumat tentang kerjaya

Menu
  • Home
  • Privacy Policy
  • Disclaimer
Menu
bantuan kewangan

Bantuan Kewangan RM300 dibayar esok: Senarai penerima yang layak & cara pembayarannya

Posted on August 8, 2023 by Admin

Pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan.

Bantuan-bantuan ini diperkenalkan melalui pelbagai Kementerian atau Jabatan Kerajaan sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.

Begitulah jugalah apabila Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan Bantuan Khas Penghargaan ketika berucap di Majlis Peluncuran Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat.

Bantuan Kewangan RM300

Melalui Bantuan Khas Penghargaan, pihak Kerajaan akan menyumbang kewangan sebanyak RM300 kepada para penjawat awam dan pesara Kerajaan.

Secara lebih tepat, semua Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan Gred 56 dan ke bawah yang dilantik secara tetap, sementara dan Contract of Service layak menerima bantuan ini.

Malah, para pegawai yang bercuti bergaji penuh, pegawai yang bercuti separuh gaji, pegawai yang bercuti tanpa gaji dan pegawai yang dipinjamkan termasuk ke agensi yang diasingkan pengurusan saraannya juga layak menerima bantuan RM300 ini.

JOM MASUK TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Pembayaran juga akan diberikan kepada para pegawai lantikan MySTEP yang masih berkhidmat pada 10 Ogos dan telah dilantik sebelum 10 Ogos, dengan syarat tempoh kontrak telah berkuat kuasa sekurang-kurangnya 30 hari berturut-turut.

Manakala, bagi kategori pesara Kerajaan – ia termasuklah pesara berpencen, penerima pencen terbitan, pesara Skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), pesara bersara pilihan dan belum menerima pencen, veteran berpencen serta veteran tidak berpencen.

Tarikh Pembayaran

Berdasarkan kenyataan daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), pembayaran bantuan khas ini akan dibuat pada 10 Ogos 2023.

Cara pelaksanaannya pula adalah secara kredit terus ke akaun penerima yang berkelayakan dari kalangan penjawat awam dan pesara Kerajaan.

Untuk maklumat lebih teliti berkenaan bantuan ini, sila rujuk di Portal Rasmi Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) – DI SINI.

Kami bukanlah ejen kerajaan atau agensi pekerjaan, kami cuma menyampaikan maklumat.

Pasukan JawatanKerja
August 2023
M T W T F S S
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  
« Jul   Sep »




JAWATAN KERJA

Jawatan Kerja adalah laman web yang menyediakan pelbagai maklumat kerjaya di Malaysia. Merangkumi sektor kerajaan dan swasta.

KATEGORI

  • JAWATAN KOSONG
  • KERAJAAN
  • LAIN-LAIN
  • SWASTA
  • Uncategorized
©2025 JAWATAN KERJA | Design: Newspaperly WordPress Theme