Pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan. Bantuan-bantuan ini diperkenalkan melalui pelbagai Kementerian atau Jabatan Kerajaan sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.
Salah satunya adalah sebuah inisiatif Kerajaan yang dikenali BMT di bawah Belanjawan 2023 kepada mereka yang berkelayakan.
Berikut adalah maklumat lanjut berkenana bantuan kewangan ini:-
Bantuan Tunai RM800
BMT atau Bantuan Musim Tengkujuh adalah sebuah inisiatif Kerajaan yang bertujuan untuk meringankan dan mengurangkan beban kewangan pekebun kecil/penoreh getah yang berkelayakan semasa musim tengkujuh.
Malah, pada tahun 2023 ini – kadar BMT telah dinaikkan kepada RM800 berbanding RM600 sebelum ini.
Syarat-syarat Kelayakan
- 1 lot hanya SEORANG PENERIMA SAHAJA (Pekebun Kecil atau Penoreh) layak menerima bantuan
- Seorang Pekebun Kecil atau Penoreh hanya layak menerima bantuan sekali sahaja
- Pekebun Kecil (Pemilik Tanah Yang Memiliki dan Mengusahakan Lot Bertanam Getah)
- Warganegara Malaysia
- Pekebun Kecil yang berdaftar dengan RISDA
- Mempunyai jumlah keluasan milikan tanah antara 0.1 hingga 2.5 hektar
- Pemilik tanah yang sah
- 1 lot tanah hanya seorang pemilik/penama sahaja yang layak menerima bantuan
- Penoreh (Bukan Pemilik Tanah)
- Warganegara Malaysia
- Penoreh yang berdaftar dengan RISDA
- Menoreh di lot berkeluasan 0.1 hingga 2.5 hektar
- 1 lot tanah hanya seorang penoreh/penama sahaja yang layak menerima bantuan
- Mempunyai Kad Permit Autoriti Getah (PAT-G) yang masih sah ketika permohonan dibuat
SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja
Cara Memohon
Pembayaran BMT akan dibuat selama 4 bulan (RM200 setiap bulan) iaitu bermula pada November 2023 hingga Februari 2024.
Pembayarannya akan dibuat secara Electronic Fund Transfer (EFT) ke akaun bank aktif yang telah didaftarkan oleh penerima ketika permohonan dibuat.
Bagi yang ingin membuat permohonan, ia boleh dilaksanakan secara dalam talian (online) di Portal Pekebun Kecil RISDA.
Semakan kelulusan juga boleh dibuat di portal sama selepas tarikh tutup permohonan.
Maklumat lebih lengkap berkenaan bantuan ini boleh dilihat di Portal Rasmi Kementerian Kewangan – DI SINI.