Pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan.
Bantuan-bantuan ini diperkenalkan melalui pelbagai Kementerian atau Jabatan Kerajaan sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.
Antaranya adalah apabila Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) membenarkan pengeluaran bersyarat melalui sebuah fasiliti yang dikenali sebagai Fasiliti Sokongan Akaun 2 (FSA2).
Berikut adalah penjelasan lanjut berkenaan fasiliti berkenaan: –
Pengeluaran Bersyarat KWSP
Pada tahun ini, pihak KWSP telah memperkenalkan sebuah program yang dikenali sebagai Fasiliti Sokongan Akaun 2 (FSA2).
Dengan pengenalan fasiliti ini, para ahli KWSP boleh membuat permohonan awal Pengeluaran Bersyarat Umur 50 tahun atau 55 tahun untuk membantu mereka mendapatkan pembiayaan peribadi daripada institusi perbankan.
Ahli akan mengambil kira simpanan yang ada dalam Akaun 2 mereka untuk mendapatkan pembiayaan peribadi daripada institusi perbankan tertentu.
Bayaran pengeluaran tersebut kemudiannya hanya akan dibuat kepada pihak institusi perbankan apabila ahli telah mencapai usia 50 tahun hingga 55 tahun tertakluk kepada pilihan umur pengeluaran ahli.
Syarat-syarat Kelayakan
- Terbuka kepada ahli KWSP yang belum mencapai umur 55 tahun;
- Warganegara Malaysia;
- Permohonan adalah sekali sahaja;
- Permohonan yang telah lulus tidak boleh dibatalkan;
- Amaun simpanan minimum RM3,000 dalam Akaun 2 KWSP;
- Amaun maksimum bagi pengeluaran bersyarat tidak melebihi RM50,000 dalam Akaun 2 (tertakluk kepada amaun pembiayaan peribadi yang diluluskan oleh institusi perbankan).
JOM MASUK TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021
Cara Memohon
Untuk yang memenuhi syarat-syarat kelayakan, permohonan fasiliti ini boleh dibuat secara dalam talian (online) melalui institusi perbankan yang mengambil bahagian dengan langkah-langkah di bawah:
- Langkah 1: Membuat semakan awal kelayakan simpanan Akaun 2 KWSP melalui portal institusi perbankan yang mengambil bahagian;
- Langkah 2: Membuat permohonan pembiayaan peribadi melalui portal institusi perbankan mengikut terma dan syarat yang ditetapkan oleh institusi perbankan;
- Langkah 3: Mengemukakan permohonan awal Pengeluaran Bersyarat Umur 50 Tahun atau 55 Tahun dengan KWSP melalui portal institusi perbankan, berdasarkan amaun pembiayaan peribadi yang telah diluluskan oleh institusi perbankan berkenaan.
Setakat ini, terdapat dua institusi perbankan yang menyediakan perkhidmatan fasiliti berkenaan iaitu MBSB Bank Berhad dan Bank Simpanan Nasional (BSN).
Untuk maklumat lebih teliti berkenaan fasiliti ini, sila rujuk di Portal Rasmi KWSP – DI SINI.