Skip to content

JAWATAN KERJA

Semua maklumat tentang kerjaya

Menu
  • Home
  • Privacy Policy
  • Disclaimer
Menu
insentif kerajaan

Permohonan Insentif Kerajaan RM1,000 dibuka sehingga akhir tahun: Berikut cara memohonnya

Posted on July 22, 2023 by Admin

Pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan. Bantuan-bantuan ini diperkenalkan melalui pelbagai Kementerian atau Jabatan Kerajaan sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.

Salah satunya adalah sebuah insentif Kerajaan yang melibatkan sumbangan sebanyak RM1,000 kepada mereka yang berkelayakan.

Berikut adalah maklumat lanjut berkenana bantuan inisiatif ini:-

Insentif Kerajaan RM1,000

Pada tahun 2023, pihak Kerajaan Negeri Melaka melalui Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka (TAPEM) telah memperkenalkan sebuah sumbangan insentif Kerajan sebanyak RM1,000.

Insentif ini akan diberikan kepada para graduan Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) Ijazah Kelas Pertama Tahun 2023.

Syarat-syarat Kelayakan

  • Pemohon lahir di negeri Melaka;
  • Ibu atau bapa pemohon lahir di negeri Melaka;
  • Bermastautin di Negeri Melaka;
  • Telah tamat pengajian ijazah di IPTA dalam negara (Bergraduasi pada tahun 2023);
  • Pemohon/ibubapa (BUKAN LAHIR DI MELAKA) layak dipertimbangkan sekiranya bermastautin lebih 10 tahun di negeri Melaka serta lampirkan 1 salinan sijil berhenti sekolah rendah dan sekotah menengah disahkan oleh pegawai kerajaan (Gred 41 ke atas)/ ADUN Kawasan/ Pengerusi JAPERUN/ Penghulu/Pengerusi JPKK/Sidang;
  • Pemohon yang ibu bapanya bukan warganegara Malaysia tidak tayak dipertimbangkan;
  • Permohonan yang tidak lengkap dan tidak mengikut syarat akan ditolak.

JOM MASUK TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Cara Memohon

Kepada yang memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohon insentif ini boleh dibuat dengan di Pejabat TAPEM untuk mendapatkan Borang Permohonan.

Borang itu kemudiannya perlu dilampirkan bersama transkrip dan sijil ijazah kelas pertama.

Untuk makluman, permohonan insentif ini dibuka mulai Januari hingga Disember 2023.

Bagi maklumat lebih teliti berkenaan bantuan ini, sila rujuk – DI SINI.

Kami bukanlah ejen kerajaan atau agensi pekerjaan, kami cuma menyampaikan maklumat.

Pasukan JawatanKerja
July 2023
M T W T F S S
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31  
« Jun   Aug »




JAWATAN KERJA

Jawatan Kerja adalah laman web yang menyediakan pelbagai maklumat kerjaya di Malaysia. Merangkumi sektor kerajaan dan swasta.

KATEGORI

  • JAWATAN KOSONG
  • KERAJAAN
  • LAIN-LAIN
  • SWASTA
  • Uncategorized
©2025 JAWATAN KERJA | Design: Newspaperly WordPress Theme