Skip to content

JAWATAN KERJA

Semua maklumat tentang kerjaya

Menu
  • Home
  • Privacy Policy
  • Disclaimer
Menu
Bantuan Kerajaan

Bantuan Kerajaan RM2,700 ‘one-off’ untuk B40 berkelayakan: Berikut senarai penuh penerimanya

Posted on July 14, 2023 by Admin

Pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan. Antaranya termasuklah bantuan-bantuan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Salah satunya adalah bantuan kewangan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM2,700 secara ‘one-off’.

Ini adalah penjelasan lanjut tentang bantuan kerajaan tersebut: –

Bantuan Kerajaan RM2,700

Bantuan di bawah JKM ini dikenali sebagai Geran Pelancaran dengan jumlah kewangan sebanyak RM2,700 kepada mereka yang berkelayakan.

Objektif utama bantuan ini adalah bagi memperkasakan ekonomi kumpulan sasar JKM yang produktif, mempunyai minat, kemahiran dan potensi untuk menjana pendapatan individu/ keluarga.

Ia juga bertujuan untuk mewujudkan program pembangunan dan pengintergrasian bagi membantu klien mencapai matlamat ke arah berdikari.

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara dan bermastautin di Malaysia;
  • Kumpulan sasar JKM;
  • Tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa.

SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Cara Memohon

Seperti mana yang dinyatakan di syarat-syarat kelayakan, Geran Pelancaran hanya diberikan kepada kumpulan sasar JKM iaitu penerima bantuan JKM sedia ada sahaja.

Oleh hal demikian, jika seseorang itu bukan penerima bantuan sedia ada, mereka perlu membuat permohonan bantuan bulanan terlebih dahulu.

Sekiranya mereka layak menerima bantuan bulanan, maka permohonan Geran Pelancaran boleh dikemukakan di mana-mana Pejabat Kebajikan Masyarakat terdekat.

Bagi maklumat lengkap berkenaan skim bantuan ini, ia boleh diteliti di Portal Rasmi JKM – DI SINI.

Kami bukanlah ejen kerajaan atau agensi pekerjaan, kami cuma menyampaikan maklumat.

Pasukan JawatanKerja
July 2023
M T W T F S S
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31  
« Jun   Aug »




JAWATAN KERJA

Jawatan Kerja adalah laman web yang menyediakan pelbagai maklumat kerjaya di Malaysia. Merangkumi sektor kerajaan dan swasta.

KATEGORI

  • JAWATAN KOSONG
  • KERAJAAN
  • LAIN-LAIN
  • SWASTA
  • Uncategorized
©2025 JAWATAN KERJA | Design: Newspaperly WordPress Theme