b40

Bantuan tunai RM1,000 setiap bulan untuk golongan B40: Penerima yang layak & panduan memohon

Pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan. Bantuan-bantuan ini diperkenalkan melalui pelbagai Kementerian atau Jabatan Kerajaan sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.

Salah satunya adalah sebuah sumbangan tunai setiap bulan sehingga RM1,000 kepada mereka yang berkelayakan.

Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan bantuan tunai ini:-

Bantuan Tunai BKK

BKK atau Bantuan Kanak-Kanak adalah sebuah bantuan kewangan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kepada golongan B40 yang berkelayakan.

Objektif utama bantuan ini adalah bagi membantu keluarga/penjaga kepada anak/kanak-kanak atau membantu anak/kanak-kanak yang tiada/kehilangan penjaga supaya dapat terus tinggal bersama keluarga dan meneruskan kelangsungan hidup tanpa menjejaskan pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak mengikut peringkatnya.

Kadar bantuan ini pula adalah sebanyak minima RM150 sebulan seorang sehingga maksimum RM1,000 sebulan sekeluarga mengikut pecahan berikut:

  • RM200 seorang bagi anak berumur 6 tahun & ke bawah;
  • RM150 seorang bagi anak berumur 7 tahun hingga 18 tahun;
  • Kadar bantuan maksimum RM1000/keluarga sebulan.

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara dan bermastautin di Malaysia;
  • Keluarga/penjaga yang memberi jagaan kepada kanak-kanak dan pendapatan isi rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa;
  • Kanak-kanak berumur 18 tahun ke bawah;
  • Remaja berumur 18 tahun ke atas boleh dipertimbangkan jika bersekolah sehingga tamat menengah atas;
  • Pelaksanaan bantuan kebajikan adalah selaras dengan Senarai Bersama (Concurrent List) antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri, yang termaktub dalam peruntukan Perlembagaan Persekutuan Malaysia di bawah Senarai 3 – Jadual Kesembilan Senarai Perundangan.

SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Cara Memohon

Kepada yang memenuhi syarat-syarat kelayakan, permohonan bantuan kewangan bulanan ini boleh dibuat melalui Pejabat Kebajikan Masyarakat terdekat.

Bagi memudahkan urusan pentadbiran, pemohon diminta membawa dokumen sokongan semasa hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Jajahan/Bahagian seperti:

  • Salinan Kad Pengenalan diri pemohon;
  • Salinan Kad Pengenalan suami/isteri/ibu/bapa/anak yang tinggal bersama;
  • Salinan sijil kelahiran anak-anak/ahli keluarga yang tinggal bersama;
  • Salinan penyata gaji (jika ada); dan
  • Lain-lain dokumen yang berkaitan.

Untuk maklumat lebih teliti berkenaan bantuan ini dan borang permohonan, ia boleh didapati – DI SINI.

Related Posts