Pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan. Bantuan-bantuan ini diperkenalkan melalui pelbagai Kementerian atau Jabatan Kerajaan sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.
Antaranya termasuklah pelbagai jenis Bantuan Kerajaan yang dibayar pada bulan Julai ini kepada mereka yang berkelayakan.
Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan bantuan-bantuan yang terlibat:-
Bantuan Bulanan JKM
Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah memperkenalkan pelbagai jenis bantuan bulanan kepada mereka yang berkelayakan khususnya dari kalangan golongan B40.
Antara bantuan itu adalah Bantuan Warga Emas, Bantuan Am Persekutuan, Bantuan Kanak-Kanak, Bantuan Anak Pelihara dan sebagainya.
Untuk pembayarannya, bantuan-bantuan ini akan dikreditkan ke akaun penerima pada tarikh antara 1 hingga 10 setiap bulan.
Bantuan Bil Air Percuma
Melalui Skim Air Darul Ehsan (SADE), penduduk Negeri Selangor yang berkelayakan boleh menerima bantuan 20 meter padu air percuma. Permohonan bantuan ini dibuka sepanjang tahun dan akan dilaksanakan sehingga akhir tahun 2024.
Permohonannya boleh dibuat secara dalam talian (online) melalui Sistem Smart Inisiatif Peduli Rakyat (SSIPR) atau melalui Kaunter Perkhidmatan di salah satu daripada 10 pejabat wilayah Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd atau Pusat Khidmat Masyarakat.
SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021
Bantuan Tambahan STR
Bagi penerima sedia ada Sumbangan Tunai Rahmah, pihak Kerajaan juga ada memperkenalkan Bantuan Tambahan STR yang diberikan secara 6 Fasa.
Pemberian bagi Fasa 1 akan dibuat pada bulan Julai 2023 ini. Ia akan dilaksanakan dalam Bantuan Bakul Rahmah yang mengandungi barangan asas seperti beras, gula, minyak masak, tepung, susu pekat, mihun dan telur atau baucar bernilai RM100 setiap bulan.
Bantuan Tunai RM300 & RM700
Kerajaan Negeri Pahang telah pun membuka permohonan bagi dua jenis bantuan iaitu Geran Bantuan ke IPT (mahasiswa baru) dan Bantuan Prihatin Pahang (BPP) 2023 Kluster Siswa (mahasiswa sedia ada di IPT).
Kadar bantuan Geran Bantuan ke IPT (mahasiswa baru) adalah sebanyak RM700 dan Bantuan Prihatin Pahang (BPP) 2023 Kluster Siswa pula sebanyak RM300.
Permohonannya sehingga 11 Julai 2023. Bagi yang ingin memohon, maklumat lengkap tentangnya boleh dilihat di hebahan rasmi – DI SINI.