Banyak jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pelbagai Kementerian atau Jabatan Kerajaan sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.
Dalam masa sama, terdapat juga pelbagai cadangan lain bagi tujuan menjaga kebajikan para pencarum KWSP ketika keadaan penuh mencabar sekarang ini.
Berikut adalah penjelasannya: –
Pengeluaran KWSP Secara Bulanan
Berdasarkan laporan Berita Harian, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) ketika ini sedang mempertimbangkan cadangan untuk menjadikan pilihan pengeluaran secara berkala atau bulanan kepada para ahlinya yang mencecah usia 55 tahun sebagai mandatori.
Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan dalam laporan itu berkata, pengeluaran secara berkala berkenaan dilihat mampu memberi peluang kepada ahlinya menguruskan wang persaraan secara lebih baik.
Ia sekaligus memberikan peluang kepada ahlinya terus menikmati dividen tahunan dengan baki simpanan sedia ada.
Pada ketika ini, pengeluaran secara bulanan boleh dibuat secara pilihan sukarela dan tidak mandatori seperti mana yang dicadangkan ini.
Akan tetapi, pelaksanaan cadangan ini tidak akan dibuat dalam masa terdekat kerana ia memerlukan kajian yang lebih teliti dan perbincangan lanjut dengan pihak kerajaan.
“Buat masa sekarang, fokus kami menggalakkan ahli membuat tabungan di bawah skim yang ada. Kita sememangnya memberi pilihan pengeluaran kepada ahli KWSP yang sudah mencecah usia persaraan 55 tahun untuk sama ada pengeluaran penuh atau sebahagian.
“Namun, ahli yang memilih pengeluaran secara bulanan masih tidak ramai dan ini adalah ruang untuk kami perlu promosi dengan lebih lagi,” kata Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
JOM MASUK KE TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja
Simpanan Persaraan Membimbangkan
Dalam perkembangan sama, KWSP memaklumkan hanya sekitar 30 peratus ahli kumpulan kewangan berkenaan yang aktif setakat Mei 2023 dan mempunyai simpanan persaraan menepati penanda aras simpanan asas mengikut umur.
Perkara itu memperlihatkan berlaku ketidakcukupan simpanan persaraan amat membimbangkan di kalangan ahli KWSP.
Antara faktor utama ketidakcukupan itu adalah struktur gaji yang rendah, ketidakselarasan antara umur pengeluaran penuh dan umur persaraan, caruman yang tidak konsisten dan kurang pekerjaan dan kadar celik kewangan yang rendah.
Sumber: Berita Harian & Harian Metro.