rm500

RM500 dikreditkan setiap bulan ke akaun bank: Ini cara memohon Bantuan Kerajaan BWE

Pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan. Bantuan-bantuan ini diperkenalkan melalui pelbagai Kementerian atau Jabatan Kerajaan sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.

Salah satunya adalah sebuah bantuan kewangan sebanyak RM500 setiap bulan kepada rakyat Malaysia yang berkelayakan.

Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan bantuan tunai ini:-

Bantuan RM500

Melalui Belanjawan 2023, pihak Kerajaan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah meneruskan pelaksanaan sebuah program bantuan tunai yang dikenali sebagai Bantuan Warga Emas (BWE).

Bantuan ini melibatkan sumbangan tunai sebanyak RM500 setiap bulan bagi membantu warga emas yang memenuhi kriteria kelayakan meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan hidup.

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara yang bermastautin di Malaysia;
  • Warga emas berumur 60 tahun dan ke atas;
  • Pendapatan isi rumah tidak melebihi:
    • Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa; atau
    • Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Per Kapita Semasa
  • Warga emas yang bukan tinggal di:
    • Institusi kendalian JKM; atau
    • Pusat jagaan harian/berkediaman yang memberi kemudahan/perkhidmatan secara percuma

SERTAI  SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Cara Memohon

Untuk mereka yang memenuhi syarat-syarat kelayakan, permohonan BWE  boleh dilaksanakan melalui Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Jajahan/Bahagian di seluruh negara.

Setiap permohonan kemudiannya akan menjalani siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon dan urusan ini bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan yang berdasarkan kepada kelayakan dan bukan hak.

Maklumat lebih teliti dan lengkap berkenaan inisiatif ini boleh dilihat di Portal Rasmi Kementerian Kewangan – DI SINI.

Related Posts