Pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan.
Bantuan-bantuan ini diperkenalkan melalui pelbagai Kementerian atau Jabatan Kerajaan sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.
Begitulah juga di bawah Belanjawan 2023 yang telah dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat pada 24 Februari 2023 lalu.
Bantuan e-Wallet RM200
Salah satu bantuan diperkenalkan oleh pihak Kerajaan adalah eBeliaRahmah yang merupakan sebuah sumbangan berbentuk e-Wallet sebanyak RM200 secara ‘one-off’.
Program diperkenalkan dengan tujuan untuk terus mempupuk budaya pembayaran tanpa tunai dalam kalangan belia selain meringankan beban kewangan golongan belia dan pelajar IPT sepenuh masa.
Syarat-syarat Kelayakan
- Warganegara Malaysia; dan
- Mencapai umur 18 ke 20 tahun pada tahun 2023 (lahir pada tahun 2003 sehingga 2005); ATAU
- Merupakan pelajar aktif sepenuh masa sebelum 30 April 2023, tanpa had umur di peringkat setara diploma atau SKM4 dan ke atas di Institusi Pengajian Tinggi (“IPT”) berdaftar dengan salah satu kementerian berikut (yang dirujuk sebagai Kementerian Pengawal):
- Kementerian Pendidikan Tinggi;
- Kementerian Pendidikan;
- Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan;
- Kementerian Pertahanan;
- Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah;
- Kementerian Belia dan Sukan;
- Kementerian Sumber Manusia;
- Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya;
- Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.
SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja
Pendaftaran Bantuan e-Wallet
Berdasarkan maklumat rasmi daripada Kementerian Kewangan, tempoh pendaftaran dan tuntutan eBeliaRahmah akan dibuka mulai jam 8 pagi pada 26 Jun 2023 sehingga 22 Ogos 2023.
Kredit eBeliaRahmah serta manfaat padanan daripada penyedia perkhidmatan e-dompet terlibat pula boleh dibelanjakan secara ‘offline’ sehingga 31 Ogos 2023.
Penebusan kredit eBeliaRahmah nanti dibuat dengan memuat turun salah satu platform e-Wallet seperti Boost; Setel dan Touch ‘n Go eWallet.
Bagi maklumat lebih teliti berkenaan bantuan ini, sila rujuk di Portal Rasmi Kementerian Kewangan – DI SINI.