Pelbagai jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pelbagai Kementerian atau Jabatan Kerajaan sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.
Begitulah juga di bawah Belanjawan 2023 yang telah dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat pada 24 Februari 2023 lalu.
Antara bantuan yang diperkenalkan di bawah Belanjawan 2023 adalah Sumbangan Tunai Rahmah (STR): –
Sumbangan Tunai Rahmah (STR)
Pada bulan Januari dan April lalu, pihak Kerajaan telah pun membayar STR Fasa 1 serta Fasa 2 kepada mereka yang berkelayakan.
Pembayaran itu diberikan kepada para enerima merangkumi kategori isi rumah, bujang dan warga emas dari kalangan B40 serta M40.
Berikut adalah maklumat berkenaan jumlah pembayaran STR Fasa 3:
Isi Rumah Pendapatan RM2,500 & ke bawah
- Bilangan anak 0: RM300
- Bilangan anak 1 – 2: RM400
- Bilangan anak 3 – 4: RM600
- Bilangan anak 5 & ke atas: RM800
Isi Rumah Pendapatan RM2,501 – RM5,000
- Bilangan anak 0: Tiada pembayaran
- Bilangan anak 1 – 2: RM150
- Bilangan anak 3 – 4: RM200
- Bilangan anak 5 & ke atas: RM250
Warga Emas Sebatang Kara (60 tahun ke atas)
- STR Fasa 2: RM200
Bujang 21 – 59 tahun
- STR Fasa 2: RM150
Bujang OKU 19 – 59 tahun
- STR Fasa 2: RM150
Pembayaran STR
Seperti mana yang telah diumumkan di Dewan Rakyat, pihak Kerajaan telah pun bersetuju untuk mengawalkan pembayaran STR Fasa 3 iaitu sebelum sambutan Hari Raya Aidiladha.
Pembayaran itu nanti akan dibuat secara kredit terus ke akaun bank penerima yang layak. Manakala, bagi mereka yang tidak mempunyai akaun bank atau ia berstatus tidak aktif, pengambilan tunai STR Fasa 3 boleh dibuat di cawangan-cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN).
SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja
Berdasarkan pembayaran STR sebelum ini, pembayaran bantuan kewangan itu akan dibuat lebih awal kepada pemegang akaun Bank Simpanan Nasional (BSN).
Selepas itu, barulah diikuti oleh bank-bank lain seperti Maybank, Bank Pertanian, Bank Rakyat, CIMB, RHB, Public Bank, Ambank dan sebagainya.
Untuk maklumat lebih teliti berkenaan STR, sila rujuk di Portal Rasmi Kementerian Kewangan – DI SINI.