Bantuan Khas RM300 Fasa 1 mula dibayar bulan ini: Semak sama ada layak atau tidak

Pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan.

Bantuan-bantuan ini diperkenalkan melalui pelbagai Kementerian atau Jabatan sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.

Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan bantuan khas  yang telah diperkenalkan: –

Bantuan Khas RM300

Pada 9 Jun 2023 lalu, pihak Kerajaan Negeri Selangor telah mengumumkan inisiatif Bantuan Khas sebanyak RM500 yang akan disalurkan secara berfasa.

Bantuan Khas ini akan diberikan kepada 9,000 pesawah yang terkesan dengan kekurangan pengeluaran hasil.

Bagi pembayaran Fasa 1, ia akan diberikan dengan kadar sebanyak RM300 untuk meningkatkan hasil padi. Manakala, Fasa 2 pula melibatkan pemberian benih bernilai RM200.

“Bantuan sokongan ini akan memberi manfaat kira-kira 2,500 pesawah di Kuala Selangor dan selebihnya di Sabak Bernam anggaran 6,500 pesawah menjadikan keseluruhan 9,000 pesawah.

“Bilangan semua 9,000 pesawah ini meliputi seluas kawasan 17,000 hektar dan bantuan diberi mengikut kriteria. Insentif ini antara pelbagai bantuan oleh Kerajaan Negeri pada setiap tahun yang disalurkan secara berterusan,” kata Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Amirudin Shari selepas menghadiri program Kenduri Rakyat dan Pemberian Bantuan kepada Pesawah di Masjid Jamie At-Tuqa, Kuala Selangor.

Bantuan-bantuan Lain

Dalam pada itu, sebelum ini Kerajaan Negeri Selangor turut mengumumkan pelbagai jenis bantuan-bantuan bagi membantu para penduduk negeri berkenaan.

Antaranya termasuklah dengan meneruskan Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (Bingkas) yang melibatkan sumbangan e-Tunai sebanyak RM300 setiap bulan kepada 30,000 keluarga di negeri tersebut.

Bagi senarai pelbagai lagi bantuan-bantuan di bawah Kerajaan Negeri Selangor, boleh dilihat – DI SINI.

Related Posts