Skip to content

JAWATAN KERJA

Semua maklumat tentang kerjaya

Menu
  • Home
  • Privacy Policy
  • Disclaimer
Menu

Ramai telah berjaya dapat e-Tunai RM300 setiap bulan: Ini cara menebusnya di telefon masing-masing

Posted on June 6, 2023 by Admin

Pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan.

Bantuan-bantuan ini diperkenalkan melalui pelbagai Kementerian atau Jabatan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.

Antaranya adalah melalui bantuan e-Tunai dengan kadar sebanyak RM300 setiap bulan. Berikut adalah penjelasan lanjut berkenaan bantuan ini: –

Bantuan e-Tunai RM300

Salah satu usaha untuk membantu mereka yang memerlukan, pihak Kerajaan Negeri Selangot ada memperkenalkan sebuah program bantuan yang dikenali sebagai BINGKAS.

BINGKAS pada asasnya melibatkan pemberian e-Tunai sebanyak RM300 secara automatik setiap bulan kepada mereka yang layak dan diluluskan permohonan mereka.

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia;
  • Lahir di negeri Selangor atau menetap di Selangor melebihi 10 tahun;
  • Pemilih berdaftar di negeri Selangor;
  • Keluarga yang mempunyai tanggungan berusia 18 tahun ke bawah;
  • Pendapatan isi rumah bawah RM3,000 sebulan.

SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Cara Memohon

Untuk mereka yang memenuhi syarat-syarat kelayakan, permohonan bantuan e-Tunia ini boleh dilaksanakan secara atas talian (online) di Portal Rasmi BINGKAS atau melalui aplikasi SELANGKAH.

Bagi mereka yang telah diluluskan permohonannya, e-Tunai RM300 akan dikreditkan ke akaun BINGKAS mereka di aplikasi SELANGKAH setiap bulan.

Bagi cara menggunakannya pula, ia boleh dibuat dengan tatacara berikut:

  • Kunjungi kedai-kedai berdaftar di bawah senarai BINGKAS;
  • Pilih barangan yang ingin dibeli;
  • Juruwang akan mengimbas ID penerima di aplikasi SELANGKAH untuk pengesahan;
  • Juruwang buat saringan mengikut barang-barang yang tersenarai di bawah BINGKAS;
  • Penerima klik pada Kad BINGKAS di aplikasi;
  • Penerima klik ‘PAY’ dan pilih akaun BINGKAS;
  • Penerima masukkan pin 6 digit bagi pengesahan pengaktifan Kod QR;
  • Juruwang imbas Kod QR bagi pembayaran.

Maklumat lebih lengkap berkenaan bantuan ini boleh dilihat di Portal Rasminya – DI SINI.

Kami bukanlah ejen kerajaan atau agensi pekerjaan, kami cuma menyampaikan maklumat.

Pasukan JawatanKerja
June 2023
M T W T F S S
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
2627282930  
« May   Jul »




JAWATAN KERJA

Jawatan Kerja adalah laman web yang menyediakan pelbagai maklumat kerjaya di Malaysia. Merangkumi sektor kerajaan dan swasta.

KATEGORI

  • JAWATAN KOSONG
  • KERAJAAN
  • LAIN-LAIN
  • SWASTA
  • Uncategorized
©2025 JAWATAN KERJA | Design: Newspaperly WordPress Theme