Bagi mereka yang sedang mencari peluang pekerjaan, sukacita dimaklumkan bahawa Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) kini mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berdedikasi untuk mengisi banyak jawatan kosong yang ditawarkan.
Calon hendaklah membuat permohonan berdasarkan maklumat dan kelayakan yang ditetapkan. Berikut adalah maklumat terperinci bagi mana-mana calon yang berminat untuk memohon jawatan – jawatan yang ditawarkan.
Jawatan Kosong MPKL
- AKAUNTAN WA48
- Taraf Jawatan: Tetap
- Kekosongan: 1
- Jadual Gaji: RM5,161 – RM11,690
- PEGAWAI TADBIR N41
- Taraf Jawatan: Tetap
- Kekosongan: 2
- Jadual Gaji: RM2,080 – RM9,546
- PEMANDU KENDERAAN H11
- Taraf Jawatan: Kontrak
- Kekosongan: 10
- Jadual Gaji: RM1,218 – RM2,939
Syarat-syarat Kelayakan
- Pemohon merupakan warganegara Malaysia;
- Berumur 18 tahun dan ke atas pada tarikh tutup hebahan kekosongan jawatan;
- Syarat-syarat kelayakan lebih khusus dan teliti hendaklah dilihat di hebahan rasmi kekosongan jawatan.
SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja
Cara Memohon
Kepada calon-calon yang berminat dengan jawatan-jawatan yang ditawarkan, permohonan boleh dibuat dengan mengemukakan permohonan seperti mana yang ditetapkan di pengumuman rasmi kekosongan jawatan.
Permohonan bagi jawatan ini boleh dikemukakan dengan mengisi boranng permohonan jawatan secara lengkap dan dilampirkan bersama gambar berukuran pasport serta salinan sijil-sijil yang dinyatakan di hebahan rasmi.
Ia seterusnya perlu dihantar ke alamat:
Bahagian Sumber Manusia,
Jabatan Khidmat Pengurusan,
Majlis Perbandaran Kuala Langat,
Persiaran Majlis, Jalan Sultan Alam Shah,
42700 BANTING
Hanya calon yang menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan dan melepasi tapisan sahaja yang akan dimaklumkan untuk menghadiri temuduga oleh pihak majikan.
Tarikh tutup permohonan pada 12 JUN 2023, ISNIN.