bil air

Bantuan Bil Air Percuma sehingga akhir tahun 2024: Berikut cara mudah buat permohonan

Pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan.

Bantuan-bantuan ini diperkenalkan melalui pelbagai Kementerian atau Jabatan Kerajaan sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.

Salah satunya termasuklah Bantuan Bil Air Percuma kepada mereka yang berkelayakan dan memerlukan.

Bantuan Bil Air Percuma

Untuk maklumat semua, bantuan ini dikenali sebagai Skim Air Darul Ehsan (SADE) iaitu sebuah program penjajaran semula pemberian 20 meter padu air percuma  kepada kumpulan sasar.

Mereka yang layak menerima bantuan ini adalah:

  • Pemohon mestilah warganegara Malaysia dan menetap di Negeri Selangor;
  • Pendapatan bulanan isi rumah RM5,000 dan ke bawah (suami dan isteri termasuk pendapatan pasangan bukan warganegara, tiada pasangan atau bujang);
  • Premis kediaman meter individu;
  • Pemohon hanya layak memohon untuk satu akaun/premis sahaja.

SERTAI  SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Cara Memohon

Kepada mereka yang memenuhi syarat-syarat kelayakan, permohonan bantuan ini boleh dibuat secara dalam talian (online) melalui Sistem Smart Inisiatif Peduli Rakyat (SSIPR).

Permohonan turut boleh dibuat secara manual melalui Kaunter Perkhidmatan di salah satu daripada 10 pejabat wilayah Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd atau Pusat Khidmat Masyarakat.

Dimaklumkan juga bahawa, semua penerima bantuan sedia ada dan pemohon baru SADE yang diluluskan akan menikmati faedah skim ini sehingga 31 Disember 2024 secara automatik.

Maklumat lengkap berkenaan skim ini sila lihat DI SINI dan permohonan secara atas talian boleh dikemukakan DI SINI.

Related Posts