rahmah

E-Tunai Rahmah RM200 ‘one-off’ boleh ditebus tidak lama lagi: Senarai penerima & cara memohon

Pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan.

Bantuan-bantuan ini diperkenalkan melalui pelbagai Kementerian atau Jabatan Kerajaan sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.

Begitulah juga di bawah Belanjawan 2023 yang telah dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat pada 24 Februari 2023 lalu.

Bantuan e-Tunai Rahmah

Bantuan e-Tunai Belia Rahmah adalah sebuah sumbangan Kerajaan sebanyak RM200 secara ‘one-off’ kepada setiap yang layak dengan peruntukan sebanyak RM400 juta.

Bantuan ini nanti akan boleh dimanfaatkan oleh para belia yang berusia antara 18 hingga 20 tahun.

“Tidak dilupakan, kepada 2 juta orang belia 18 hingga 20 tahun, Kerajaan akan menawarkan kredit e-Tunai Belia Rahmah berjumlah RM200 dengan peruntukan RM400 juta,” kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentangkan Belanjawan 2023.

SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Cara Tebus e-Tunai

Bagi menebus bantuan e-tunai ini, ia mungkin akan dilaksanakan seperti mana bantuan-bantuan e-Tunai sebelum ini iaitu melalui platform-platform e-Tunai seperti TNG e-wallet, Grab, Boost dan sebagainya.

Akan tetapi, maklumat rasmi berkenaan kaedah pelaksanaan bantuan ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa oleh pihak Kerajaan.

Bagi maklumat lebih teliti berkenaan Belanjawan 2023, sila rujuk di Portal Rasmi Kementerian Kewangan – DI SINI.

Related Posts