KWSP

Senarai perkara yang membenarkan pengeluaran KWSP sebelum usia 55 tahun

Pelbagai jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan.

Selain itu, nampaknya Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) juga memudahkan urusan para ahlinya, termasuklah membenarkan pengeluaran simpanan sebelum usia 55 tahun.

Berikut adalah senarai perkara-perkara yang membolehkan pengeluaran KWSP sebelum usia 55 tahun: –

Membiayai Pendidikan

Ahli KWSP boleh membuat pengeluaran simpanan daripada Akaun 2 untuk membantu membiayai pendidikan sendiri, pasangan (suami/isteri), anak-anak dan/atau ibu bapa di institusi dalam dan luar negara yang diluluskan.

Membina Rumah

Bagi membantu ahli membina rumah sendiri, kami membenarkan ahli membuat pengeluaran daripada Akaun 2 bagi membiayai pembinaan rumah. Pembinaan rumah itu boleh dibuat di atas tanah sendiri atau dengan pembelian tanah.

Membeli Rumah

Pihak KWSP turut membenarkan pengeluaran dari Akaun 2 bagi membiayai pembelian rumah. Rumah kediaman itu merangkumi  jenis banglo/teres/berkembar/apartmen/kondominium/apartmen studio /apartmen servis/townhouse/SOHO atau rumah kedai dengan unit kediaman di Malaysia.

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Mengurang/Menyelesaikan Baki Pinjaman Perumahan

Ahli KWSP boleh membuat pengeluaran daripada Akaun 2 untuk mengurang atau menyelesaikan baki pinjaman perumahan. Ahli juga boleh memberi bantuan pembiayaan kepada pasangan.

Membayar Ansuran Bulanan Rumah

Bagi meringankan beban pemilik rumah, KWSP telah memperkenalkan Pengeluaran Ansuran Bulanan Pinjaman Perumahan. Dengan program ini, ahli boleh membuat pengeluaran dari Akaun 2 bagi  membayar ansuran bulanan sekurang-kurangnya enam bulan atau sehingga masalah kewangan mereka selesai.

Menunaikan Haji

Bagi ahli KWSP beragama Islam, mereka boleh menggunakan simpanan Akaun 2 sebagai tambahan kepada simpanan di Lembaga Tabung Haji (LTH) sebagai perbelanjaan.

Related Posts